Setiap daripada kita mahukan keluarga yang bahagia, namun kebahagiaan itu hanya akan datang jika kita saling faham memahami dan bersikap tolak ansur sesama suami isteri.

Begitu juga dengan pelawak, pelakon dan pengacara Shahrol Shiro yang menyambut ulang tahun kelahiran isterinya hari ini. Dengan satu entri di Instagram miliknya, Shahrol memuat naik gambar mereka berdua serta menulis satu kapsyen panjang yang cukup indah buat sang isteri.

"04 November adalah tarikh yg sgt istimewa.Tarikh lahirnya seorang puteri dari pasangan Shahri dan Jariah.Seorang puteri yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam sebuah keluarga sederhana di Kampung Melayu Kluang.

Puteri ini adalah bahagian terpenting dalam hidup aku. Puteri yang melalui susah senang kehidupan ini bersamaku," tulis Shahrol.

Shahrol turut menyatakan rasa terima kasih buat isteri yang disayanginya kerana tidak putus-putus mendoakan kehidupan mereka sekeluarga.

"Dihari yg penuh bermakna ini izinkan aku pula berdoa untuk puteri ini.Berikanlah dia kesihatan yg baik, barkah dan rahmat mengiringi setiap langkahnya, rezeki yang mengalir seperti air zam zam yang tidak pernah putus.

"Jadikanlah dia wanita yang solehah dan ibu yg baik buat zuriat ini.Permudahkanlah segala urusannya termasuklah urusan melahirkan zuriat kami akan datang tidak lama lagi.Semoga Allah swt mengabulkan doa ku ini.

"Selamat hari lahir buat puteri ini NorFarhanah Syamimi Bt Shahri @anna_danisha .ikhlas dari suamimu Shahrol Azizie B Azmi," doa dan ucapan daripada Shahrol buat isterinya.

04 November adalah tarikh yg sgt istimewa.Tarikh lahirnya seorang puteri dari pasangan Shahri dan Jariah.Seorang puteri yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam sebuah keluarga sederhana di Kampung Melayu Kluang.Puteri ini adalah bahagian terpenting dalam hidup aku.Puteri yang melalui susah senang kehidupan ini bersamaku.Terima kasih atas setiap doa darimu yg dilafazkan sepanjang perjalanan ini. Dihari yg penuh bermakna ini izinkan aku pula berdoa untuk puteri ini.Berikanlah dia kesihatan yg baik, barkah dan rahmat mengiringi setiap langkahnya, rezeki yang mengalir seperti air zam zam yang tidak pernah putus.Jadikanlah dia wanita yang solehah dan ibu yg baik buat zuriat ini.Permudahkanlah segala urusannya termasuklah urusan melahirkan zuriat kami akan datang tidak lama lagi.Semoga Allah swt mengabulkan doa ku ini?? Selamat hari lahir buat puteri ini NorFarhanah Syamimi Bt Shahri @anna_danisha .ikhlas dari suamimu Shahrol Azizie B Azmi☺️ #SweetKanSaya #HappyBirthdayAnna #AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on


Shahrol mendirikan rumah tangga bersama Anna pada 18 Mac 2016 dengan mas kahwin senaskah kitab suci Al-Quran.

Hasil perkahwinan mereka, Shahrol dan Anna dikurniakan sendan seorang cahaya mata lelaki, Iskandar Rizqi dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata kedua mereka.