Berita
"Jadilah Seperti Ebit Lew" - Safiey Illias Bersedia Jumpa Mana-Mana Pendakwah
Usahawan kosmetik popular, Safiey Illias menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya.
Menurut Safiey, dia lebih selesa dengan pendekatan bersua muka berbanding teguran yang dibuat menerusi surat terbuka di media sosial.
"Saya bersedia berjumpa dengan mana-mana PU (pencetus ummah), ratu motivasi atau ratu syurga. Jangan pumpang (menyalak) di media sosial sahaja demi mendapat exposure, like dan pengikut.
"Mak ayah saya pun bersedia. Menunggu juga ni ada tak yang sudi hadir datang dakwah. Tak kan apa-apa cuma surat terbuka untuk Safiey Illias. Awak ingat aku ratu surat terbuka?," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Jelas Safiey lagi, sekiranya benar ingin menyampaikan dakwah kepadanya, biarlah dengan cara yang lebih ikhlas dan jujur, bukan berlindung di sebalik agenda tersembunyi.
"Saya bukan nak marah jauh sekali menafikan setiap bait-bait nasihat yang diberikan. Namun, apalah salahnya jika datang berjumpa dan ikram saya .
"Hujung-hujung jual buku dan promosi program motivasi. Saya berani cakap sebab dah bosan dengan teknik pemasaran tapi guna keagamaan," katanya.
Katanya, sesiapa pun boleh menghubunginya berikutan maklumat dirinya diletakkan secara terbuka di media sosial.
"Nombor telefon pun ada dekat profil bio saya, tak ada istilah tak dapat nak WhatsApp dan sebagainya.
"Janganlah jadi ustaz atau PU yang sejenis kejadian alam. Jadilah yang lebih telus, ikhlas dan profesional macam ustaz Ebit Lew.
"Saya masih menunggu whatsapp daripada PU kejadian alam itu. Terima kasih," tulisnya.
Biarpun tidak menyebut sebarang nama, begitupun mesej tersebut dipercayai ditujukan buat PU Syed.
Sebelum ini, PU Syed menegur tindakan Safiey yang cuba menjadi wanita selepas kembali ke fitrah asal.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Must-Watch Video