Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Jadilah Seperti Ebit Lew" - Safiey Illias Bersedia Jumpa Mana-Mana Pendakwah

ZULHILMI JALIL 13/07/2020 | 08:45 MYT
Usahawan kosmetik popular, Safiey Illias menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya.
Menurut Safiey, dia lebih selesa dengan pendekatan bersua muka berbanding teguran yang dibuat menerusi surat terbuka di media sosial.
"Saya bersedia berjumpa dengan mana-mana PU (pencetus ummah), ratu motivasi atau ratu syurga. Jangan pumpang (menyalak) di media sosial sahaja demi mendapat exposure, like dan pengikut.
"Mak ayah saya pun bersedia. Menunggu juga ni ada tak yang sudi hadir datang dakwah. Tak kan apa-apa cuma surat terbuka untuk Safiey Illias. Awak ingat aku ratu surat terbuka?," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Jelas Safiey lagi, sekiranya benar ingin menyampaikan dakwah kepadanya, biarlah dengan cara yang lebih ikhlas dan jujur, bukan berlindung di sebalik agenda tersembunyi.
"Saya bukan nak marah jauh sekali menafikan setiap bait-bait nasihat yang diberikan. Namun, apalah salahnya jika datang berjumpa dan ikram saya .
"Hujung-hujung jual buku dan promosi program motivasi. Saya berani cakap sebab dah bosan dengan teknik pemasaran tapi guna keagamaan," katanya.
Katanya, sesiapa pun boleh menghubunginya berikutan maklumat dirinya diletakkan secara terbuka di media sosial.
"Nombor telefon pun ada dekat profil bio saya, tak ada istilah tak dapat nak WhatsApp dan sebagainya.
"Janganlah jadi ustaz atau PU yang sejenis kejadian alam. Jadilah yang lebih telus, ikhlas dan profesional macam ustaz Ebit Lew.
"Saya masih menunggu whatsapp daripada PU kejadian alam itu. Terima kasih," tulisnya.
Biarpun tidak menyebut sebarang nama, begitupun mesej tersebut dipercayai ditujukan buat PU Syed.
Sebelum ini, PU Syed menegur tindakan Safiey yang cuba menjadi wanita selepas kembali ke fitrah asal.
BACA: "Dia Mempunyai 'Angry Bird' & Dilahirkan Sebagai Lelaki" - PU Syed Tempelak Safiey Illias!

Paknyah, antara "kebebalan" dan melayan "Perasan" Sahaja! Apa lagi nak dikata pd seorang lagi ni, yg telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi paknyah, isu taubat adalah urusan dia dgn Allah yg Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yg songsang kpd masyarakat adalah isu yg paling utama yg perlu segera di rawat sebelum menjadi pandemik yg sukar utk diatasi Dia dan sajjat dan rakan² sewaktu dengannya, sama² mempunyai angry bird @ punai , dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki, namun disebabkan "perasan" yg mereka telah terperangkap dlm tubuh lelaki, maka berusahalah mereka utk merubah segala yg Allah telah jadikan kpd mereka Sifat "bebal" yg terhasil dari imaginasi songsang ini, harus dirawat segera oleh pakar² psikatri dan bukan pergi mengadap Dr bedah plastik yg hanya ingin mengaut keuntungan dan merosakkan manusia seperti mereka lagi Mereka mempunyai followers "tengin" yg ramai, sehingga mengiyakan shj apa yg mereka lakukan, sedangkan BAHAYA gaya hidup mereka ini, bukan shj di dunia, bahkan boleh membahanakan pengikut yg mengikut gaya hidup mereka di akhirat nanti jika tidak sempat bertaubat yg sebenar2nya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda di dlm Hadis yg di Riwayatkan oleh Iman Muslim, yg bermaksud "Dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu, serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepas itu," Ya Allah, berikanlah kesedaran kpd mereka, namun jika gaya dan cara hidup mereka ini boleh merosakkan moral dan akhlak umat Islam khususnya di Malaysia ini, tolonglah wahai Allah, jauhkan mereka dari dunia ini Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
#Pencetus Ummah #Ustaz #Safiey Illias
;