gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Persaingan Semakin Sengit! Bintang Mana Yang Akan Pulang? Jom Semak Lagu Minggu Suku Akhir
VIRAL
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9

Amri Hassan
Amri Hassan
27/07/2025
09:50 MYT
Sponsor Banner
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
Pakar kesihatan dan motivator, Dr Zubaidi Hj Ahmad menegur sikap segelintir pempengaruh dan usahawan yang secara terbuka berkongsi aksi bermain dan bermesra dengan anjing peliharaan, khususnya anjing daripada unit K9 yang dibela atas tujuan keselamatan.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Dr Zubaidi menjelaskan bahawa dari sudut keperluan, tiada masalah untuk memelihara anjing bagi tujuan keselamatan seperti K9.
Namun, Dr Zubaidi mengingatkan agar pempengaruh atau usahawan terkenal lebih berhati-hati dalam mempamerkan interaksi dengan haiwan yang dikategorikan sebagai najis mughallazah itu secara terbuka.
“Bela anjing untuk keselamatan, seperti unit K9, tiada masalah dari sudut keperluan. Namun, bermain dan bermanja dengan haiwan najis mughallazah ini sepatutnya tidak dipamerkan di media sosial secara terbuka,” tulisnya.
Menurut beliau, tindakan tersebut berisiko mengundang fitnah serta menjadi ikutan kepada mereka yang kurang faham tentang hukum-hakam, terutamanya berkaitan kewajipan menyertu apabila berlaku sentuhan dengan anjing.
“Ingat, sebagai influencer, bukan semua yang kita buat perlu ditayang. Ada perkara yang lebih baik disimpan sebagai urusan peribadi demi menjaga adab, sensitiviti masyarakat dan kemuliaan syariat,” tegasnya.
Dr Zubaidi turut berharap agar teguran itu dapat menjadi iktibar buat semua pihak, khususnya mereka yang memiliki pengaruh di media sosial, agar lebih peka terhadap batas-batas agama ketika berkongsi kandungan kepada umum.
Topic Berkaitan
#Viral
#Anjing
#Usahawan
#K9
#Teguran
#Pempengaruh
#Dr Zubaidi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement