Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Jaga Anak ‘Clingy’ Di Hospital Sampai Tak Boleh Tinggal Untuk Pergi Solat? Ini Penyelesaiannya…

Izwan Isa 08/11/2022 | 11:50 MYT

Menjaga anak yang masih kecil ketika mendapatkan rawatan di hospital bukanlah satu hal yang asing dalam kalangan ibu bapa.

Sungguhpun ia kelihatan mudah, namun, perhatian penuh perlulah diberikan kepada si anak kecil yang barangkali menginginkan orang tua mereka untuk sentiasa berada di sisi sepanjang dirawat di sana.
Sehinggakan, ada yang turut tidak berkesempatan untuk menunaikan solat lima waktu kerana bimbang anak yang ditinggalkan akan menangis dengan teruk.
Menerusi ciapan seorang netizen di Twitter, seorang ibu berkongsi bagaimana sukarnya untuk menunaikan solat ketika anak bersifat clingy dah mahu ibu sentiasa berada di sini.
Tak bagi Mama solat. Korang tau tak parent yang jaga anak dekat hospital ni ramai je terpaksa tinggal solat sebab anak clingy atau meraung tak boleh kena tinggal dekat tempat baharu (hospital) sebab tak familiar.
“Solat yang wajib pun kadang-kadang ada yang tertinggal, mandi apatah lagi. Korang bayangkan kalau parent tu sakit perut emergency. Agak-agak boleh ke pergi buang air besar terus?
“Korang fikir je la sendiri. So far anak ok tapi untuk Zohor harini kena extra effort nak beli jiwa dia ni,” tulis individu berkenaan.
Menerusi ruangan balas, ramai yang memberi cadangan mengenai masalah tersebut, termasuk mendukung anak sambil menunaikan solat.
Namun, menerusi akaun dakwah @muzuzxck, pemiliknya mencadangkan supaya ibu bapa yang mempunyai masalah serupa untuk melakukan jamak suri atau suwari.
“Boleh buat jamak suri atau suwari dalam situasi begini kerana tersepit dalam situasi susah, tiada penjaga.
“Contohnya, lewatkan solat Zohor dalam waktunya, kemudian solat Asar di awal waktu. Maka insya-Allah waktu yang diambil hanyalah sekejap sahaja.
“Ringkaskan solat. Moga Allah memberi penjagaan dan kemudahan kepada semua yang mengalami situasi begini,” katanya.
Dalam pada itu, ciapan berkenaan menambah yang jamak yang dicadangkan itu tidak perlu melibatkan qasar, iaitu tanpa pendekkan menjadi dua rakaat.
“Jamak di sini tanpa qasar iaitu tanpa pendekkan menjadi dua rakaat. Kerana qasar hanya ketika ada ruang rukhsah seperti musafir.
“Maksud saya dengan ‘ringkaskan solat’ adalah tidak menjadi kemestian untuknya melakukan perkara sunat dalam solat seperti membaca bacaan sunat dan seumpamanya, melihat kepada situasi yang dihadapi. Bukan bermaksud pendekkan solat. Wallahu a'lam,” katanya.
Kredit: Twitter Muzuzxck
Kredit foto: Mingguan Wanita & Unsplash
​Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Anak #Sakit #hospital #Solat #Jamak
;