Penyanyi Elly Mazlein seakan menyindir bekas suami, pengarah Azmi Hata menerusi beberapa entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @iamellymazlein.

Menyebut nama Azmi secara terang-terangan, Elly membangkitkan perihal penjagaan anak serta nafkah untuk cahaya mata perempuan mereka, Putri Sara Sefhia, 2.

Menariknya, Elly yang mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom ini menggunakan hashtag untuk menyampaikan mesej kepada Azmi.





Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, berkahwin dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.

Selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.

[BACA: Kongsi Tarikh Anniversary, Faye Kusairi Dapat Baby Boy!]

Menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 9 April lalu, Faye turut melahirkan bayi lelaki sulung pada tarikh sama yang diberi nama Alif Azmi.

[BACA: “Comelnya Alif...”- Peminat Teruja Faye Kusairi Kongsi Foto Bayi]

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elly