Laman Utama

Jaga Anjing Kudung Sampai Hujung Nyawa, Netizen Respek Keluarga Harith Iskander - “Semoga Allah Balas Segala Kebaikan”

Azwa Rahman
23/06/2021
02:09 MYT
Pelawak dan pengacara Harith Iskander meluahkan rasa sedih apabila anjing kudung peliharaannya bersama keluarga telah mati.
Menerusi laman sosial Instagram, Harith berkongsi berita duka mengenai anjing yang diberi nama Marvella itu untuk tatapan umum.
Istimewanya lagi, Marcella merupakan anjing betina kudung kedua-dua kaki depannya dan telah diselamatkan oleh seorang penjaga haiwan.
“Hari yang sangat sedih dengan hati yang kecewa, saya ingin memberitahu #marvellathewonderdog tidak lagi bersama kami. Dia masuk ke keluarga kami pada Jun 2020 dan terus menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Dia baik, berani dan peramah. Dia seolah tidak tahu dia tidak memiliki kaki depan.
“Kami ingin berterima kasih kepada @nurullainaabdulhamid kerana telah menyelamatkannya dan kemudian memberi dia kepada kami. Terima kasih Marvella telah ajar kami tentang rasa bersyukur. Terima kasih telah bawa senyuman dalam keluarga kami dan semua yang telah bertemu dengannya. Kamu merinduimu,” ujar Harith di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Marvella yang tidak mempunyai dua kaki depan bergerak menggunakan kereta roda yang dibuat khas untuknya.
Malah ada ketika, Marvella ditolak menggunakan kereta sorong bayi dan kaki depannya yang dikudung dibalut dengan tuala.
Harith turut memberikan ucapan penghargaan kepada anjingnya yang selama ini telah menjaga rumah dan anak-anaknya dengan baik.
Sementara itu di ruangan komen, pemergian Marvella mengundang rasa sebak rakan selebriti dan wargamaya.
So sorry to hear this. She must have loved you all so much,” komen Che Puan Sarimah Ibrahim.
Dia mesti mendoakan bro dan famili di syurga nanti. Dia tunggu di sana,” luah seorang wargamaya.
“Awak dan keluarga telah memberi kesempatan kedua buat Marvella menikmati hidupnya. Semoga keluarga awak diberkati selalu,” doa seorang wargamaya.
Masyallah, terima kasih sebab berbuat baik pada anjing ni. Sudah tentu you seorang yang penyayang,” kata seorang wargamaya.
Kehilangan yang cukup terasa. Semoga Marvella berada di tempat yang lebih baik. Terima kasih Harith sekeluarga telah menjaganya dengan baik,” tulis seorang wargamaya.
Saya baru cerita pada isteri saya yang awak menjaga anjing kudung dengan baik. Marvella telah tiada. Semoga Allah balas segala kebaikan yang telah awak berikan,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 17,009 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hiburan

Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

gempak
25/07/2024
04:44 MYT
Rumah tangga Harith Iskander dan Dr Jazemine Lim yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu.
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Hiburan

Harith Iskander Buka Mulut, Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Perceraian

gempak
19/07/2024
14:41 MYT
Pelakon dan pengacara Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine Lim akhirnya membuka mulut berkongsi tentang perceraian mereka.