Viral

Jaga Bapa Mentua Sakit Seikhlas Hati Tapi Ipar Duai Tuduh Gila Harta, Suami Pula Cari Teman Lain - “Saya Terpaksa Pura-Pura Kuat…”

gempak
Mya Amri
10/07/2024
03:49 MYT
Sponsor Banner
Jaga Bapa Mentua Sakit Seikhlas Hati Tapi Ipar Duai Tuduh Gila Harta, Suami Pula Cari Teman Lain - “Saya Terpaksa Pura-Pura Kuat…”
Setiap manusia yang melalui alam perkahwinan pasti tidak akan terlepas dengan dugaan.
Dugaan itu datang dalam bentuk sama ada ada dari pasangan sendiri, ibu bapa, keluarga mentua atau pun ipar duai.
Itulah yang berlaku dalam kehidupan seorang wanita dikenali sebagai Ika yang akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi kisahnya menerusi segmen Zayan Pagi di radio Zayan.

Dituduh jaga bapa mentua sebab harta

Kata Ika, selama ini dia ikhlas menjaga bapa mentuanya yang terlantar sakit namun ipar duai telah menuduhnya gila harta.
“Saya tak pernah cerita benda ni dekat orang, cerita tentang saya menjaga arwah bapa mentua saya. Selepas kahwin saya dan suami memang duduk dengan dia.
“Jadi kami bertiga memang bahagia. Sampai sekarang pun saya memang belum ada zuriat dan memang ikhlas jaga bapa mentua saya.

“Sebab saya sayang sangat dekat dia dan dia pun baik sangat dengan saya. Suami pun alhamdulillah, memang seronoklah kami.

“Tapi saya dituduh jaga bapa mentua sebab mahukan harta dia, tuduh macam-macam, marah dia, pukul dia.

“Bapa mentua saya ni dia tak dengar, macam nyanyuk sikit jadi ada masanya macam kita penat dan kadang-kadang rasa nak marah.
“Ada masa tertengking macam tu tapi setiap malam sebelum tidur atau bila saya sedar termarah dia, saya terus minta maaf.
“Jadi arwah mentua saya pun dia pun sentiasa maafkan saya, dia sentiasa minta maaf dia kata ya saya tahu saya pun salah juga.
“Saya pun macam okaylah tapi bila berkait dengan orang luar, orang keliling, adik beradik, ipar duai, saya jadi tak kuat… Saya terpaksa pura-pura kuat.
“Kadang-kadang mereka balik saya terpaksa senyum, terpaksalah lakukan benda tu,” kongsinya menahan sebak.

Suami rupanya mencari teman lain

Tambah Ika lagi apa yang membuatkan dirinya lebih kecewa adalah selepas mendapat tahu suaminya juga rupanya diam-diam mencari teman lain di luar.

“Saya tak sangka sampai satu tahap rupanya suami saya pun macam ada mencari teman lain di luar.

“Saya tak marah, mungkin itu salah saya jugalah sebab tak pandai nak uruskan semua benda. Tetapi bila semua benda tu beban atas saya, dengan keadaan kewangan tak cukup jadi saya nak cerita dekat siapa?
“Nak cerita pada adik beradik, mak ayah saya, orang takkan faham benda tu. Orang akan salahkan kita semula.
“Jadi saya ambil keputusan untuk pura-pura kuat. Sampai sekarang bapa mentua saya sudah pun tiga tahun meninggal dunia.
“Benda itu macam menjadi trauma pada saya sampai sekarang. Saya pun sentiasa ingat keadaan saya, kadang kadang marah dia, sampai sekarang saya rasa berdosa.
“Saya sampai jadi Ya Allah berdosanya aku Ya Allah, kenapa benda ni bukan pada orang lain. Kenapa pada aku, aku tanggung benda ni sampai ni sekarang. Benda itu sentiasa menghantui saya,” ujarnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Ika di segmen Zayan Pagi bersama Anas Tahir dan Zack Merican:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live