Berita

“Jaga Bidadari Bapak Sehabis Baik…”- Pesan Arwah Bapa Fazley Yaakob Yang Terlalu Mencintai Isterinya

gempak
Syafiqah Jalal
08/02/2019
11:00 MYT
Sponsor Banner
“Jaga Bidadari Bapak Sehabis Baik…”- Pesan Arwah Bapa Fazley Yaakob Yang Terlalu Mencintai Isterinya
Selebriti Cef, Datuk Fazley Yaakob akui merindui pemergian bapanya, Datuk Hj Yaakob Mohammad yang meninggal dunia pada tiga tahun lalu.
Fazley memberitahu sejak bapanya tiada, hidupnya terlalu kosong dengan kata-kata positif dan semangat yang sering dibekalkan kepadanya.
“Hari ni genap 3 tahun pemergian arwah Bapak tercinta Datuk Hj Yaakob Mohammad. Terlalu kosong hidup ini tanpa ada lagi kata2 nasihat, kata2 semangat, teguran membina malahan ungkapan rindu dan kasih sayang dari bapak..
“Masih teringat hangat pipi bapak yang di kucup setiap kali ke tempat kerja dan setiap kali balik kerja. Senyuman dan ketenangan bapak setiap apa pun berlaku “Sabar anakku, Allah ada...” tulisnya.
Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Fazley lagi, bapanya seorang yang terlalu mencintai isteri iaitu ibunya sehingga tidak berhenti memesan agar menjaga wanta itu sehabis baik.
“Beliau terlalu menyintai ibu dan hingga ke hujung nafas tetap memesan agar kami menjaga ‘bidadari bapak’ sehabis baik bila dia tiada.
“Sering kali bersama anak2 dan menantu memberikan kata2 nasihat dan ungkapan penuh kasih sayang dan apabila bersama cucu, sering di bawa berjalan, di ajak bergurau dengan penuh kasih sayang. Buat Bapak/Apakwan yang terlalu kami rindui,” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut bersedih dan sedekahkan al-Fatihah buat bapa Fazley
Hari ni genap 3 tahun pemergian arwah Bapak tercinta Datuk Hj Yaakob Mohammad. Terlalu kosong hidup ini tanpa ada lagi kata2 nasihat, kata2 semangat, teguran membina malahan ungkapan rindu dan kasih sayang dari bapak.. masih teringat hangat pipi bapak yang di kucup setiap kali ke tempat kerja dan setiap kali balik kerja. Senyuman dan ketenangan bapak setiap apa pun berlaku “Sabar anakku, Allah ada...” Beliau terlalu menyintai ibu @rsd.umi dan hingga ke hujung nafas tetap memesan agar kami menjaga ‘bidadari bapak’ sehabis baik bila dia tiada. Sering kali bersama anak2 dan menantu memberikan kata2 nasihat dan ungkapan penuh kasih sayang @azrene_ahmad @imranajmain @ahmadrafizi @farah.yaakob @rafyaakob @mawarashid @nadyaakob dan apabila bersama cucu, sering di bawa berjalan, di ajak bergurau dengan penuh kasih sayang. @ellie_alaynaselma @payishpiyashpiyush @radenrayyan @raysaachanela #ALFATEHAH buat Bapak/Apakwan yang terlalu kami rindui?
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live