Hiburan

“Jaga Diri Baik-Baik” Nadzmi Adhwa Risau Tinggal Isteri 17 Hari Dalam Pantang

gempak
Mya Amri
14/07/2020
09:00 MYT
Sponsor Banner
“Jaga Diri Baik-Baik” Nadzmi Adhwa Risau Tinggal Isteri 17 Hari Dalam Pantang
Pelakon Nadzmi Adhwa akui risau apabila terpaksa berjauhan dengan isterinya, aktres Ardell Aryana kerana tuntutan kerja.
Menurut Adhwa, ini merupakan kali pertama mereka berjauhan dan Ardell pula masih lagi dalam proses berpantang. Adhwa memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram beserta foto bersama Ardell yang menghantarnya ke tempat kerja.
“Masih dalam pantang jaga diri baik-baik ya sayang. Pertama kali berjauhan, 17 hari pula tu. Dah rindu kamu berdua sangat-sangat,” tulisnya.
Difahamkan menerusi Insta Story miliknya, Adhwa kini terlibat dengan program terbaharu berjudul Dua Dunia.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan Adhwa dipermudahkan.
“Ya Allah semua comel, semoga dipermudahkan urusan korang,” komen @norfarahziela_ela
“Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin,” tulis @mimihazim
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan Ardell selamat melahirkan Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024