gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nur Nilam Kongsi Momen Azlan Komeng Tahu Fasal Kehamilan - “Aku Tahu Dia Selalu Menangis Dalam…”
HIBURAN
Che Ani Premium Jadi Cik Annie? Noraniza Idris Kecewa Produk Muruku Diciplak - "Nak Ikut Jejak Saya, Ikutlah Cara Yang Betul"
HIBURAN
Didakwa Kembali Bercinta Dengan Niezam Zaidi, Ini Respons Fify Azmi - “Kami Tak Bergaduh Pun, Takkan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Jaga Isteri Lumpuh Berbelas Tahun, Edika Yusof Enggan Kahwin Lain - "Kenapa Saya Ingin Lukakan Hatinya?"

Asraf Aided
Asraf Aided
12/04/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
Jaga Isteri Lumpuh Berbelas Tahun, Edika Yusof Enggan Kahwin Lain - "Kenapa Saya Ingin Lukakan Hatinya?"
Pelakon Edika Yusof berkongsi kisah menjaga isterinya yang mengalami lumpuh bertahun lamanya.
Kisah yang diketahui umum itu tidak pernah membuat orang ramai berasa jemu untuk terus mengambil tahu tentang pengorbanan Erika terhadap isterinya.
Menurut Erika, dia pernah ditanya tentang berkahwin lain oleh orang sekeliling termasuk ibunya sendiri.
Namun, pelakon berusia 54 tahun ini enggan berbuat demikian sebaliknya hanya mahu membantu isterinya untuk pulih kembali.
"Soal kahwin lagi, bukan setakat orang luar yang tanya, ibu saya sendiri pun pernah mengutarakannya memikirkan hal anak-anak yang masih kecil dan keadaan isteri yang mungkin selamanya akan begitu.
"Saya membesar dalam keluarga poligami dan melihat kesusahan ibu membesarkan anak-anaknya, seorang ibub sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anaknya.
"Jadi, kenapa saya ingin melukakan hati isteri saya begitu? Alhamdulillah, semakin lama, keadaannya bertambah baik, mukanya semakin cantik, memori semakin baik dan sudah mampu melakukan kerja-kerja rumah seperti berjualan online," katanya.
Edika berkongsi cerita dalam Borak Kelamin episod ketujuh yang akan bersiaran pukul 9 malam ini.
Tambah Edika, seseorang suami itu seharusnya tidak lari dari masalah dan tidak boleh berserah kepada Allah semata-mata tanpa usaha.
"Kita jangan berserah kepada Allah semata-mata tanpa melakukan sesuatu. Berusahalah untuk membantu isteri menjadi lebih baik, jangan pernah putus asa.
"Jangan lari dari masalah kerana ia tidak akan membantu, jaga isteri baik-baik, Insya-Allah rezeki kita pun akan dimurahkan, ini yang saya nampak dalam kehidupan sendiri.
"Alhamdulillah, anak-anak pun baik-baik, isteri makin berdikari," katanya lagi.
Sekadar info, detik hitam isteri Edika berlaku pada tahun 2005 dimana dia pada mulanya mengalami koma selama sembilan hari dan lumpuh setelah sedar dari tempoh tersebut.
Nak tahu lebih lanjut dan mendengar lebih banyak perkongsian Edika? Jangan lupa saksikan Borak Kelamin 9 malam ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (124).
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin yang bersiaran setiap Isnin pada waktu dan saluran sama itu juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun keatas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Kredit Foto : Instagram Edika Yusof & erinsakura.com
Topic Berkaitan
#Edika Yusof
#Isteri Lumpuh
#Borak Kelamin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement