Terdapat kes COVID-19 boleh memberi impak terhadap kualiti sperma lelaki, malah ia juga mampu memberi kesan terhadap kesuburan kaum Adam, itulah penemuan terbaru daripada saintis yang diterbitkan dalam jurnal Reproduction.

Memetik laporan CNN, laporan itu mempunyai bukti kukuh di mana jangkitan COVID-19 boleh merosakkan kualiti air mani dan sistem pembiakan lelaki.

Walaubagaimanapun, ada juga saintis yang tidak menyertai proses kajian tersebut mendakwa kenyataan laporan itu hanya terlalu bergantung kepada hasil kajian yang dilakukan sahaja.

Menurut Konsultan Reproduksi Imperial College London, Dr. Channa Jayasena, seseorang lelaki yang sedang sakit walaupun dijangkiti virus lain seperti demam juga boleh mengalami pengurangan bilangan sperma untuk beberapa minggu atau bulan.

"Sakit dari virus lain seperti demam juga boleh menyebabkan pengurangan sperma dalam tempoh sementara, kadang-kadang boleh jadi kiraan sifar.

"Ia berlaku untuk beberapa minggu atau bulan, jadi, agak sukar untuk menentukan penurunan bilangan sperma adalah disebabkan oleh COVID-19 ataupun hanya disebabkan keadaan kesihatan yang tidak baik," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pusat Kesuburan di Newscastle University, United Kingdom, Alison Murdoch berkata, masih tiada bukti penemuan virus COVID-19 dalam air mani, dan masih tiada bukti virus itu boleh berjangkit melalui cecair itu.

"Adalah penting untuk mengetahui, tiada bukti penemuan COVID-19 dalam air mani dan tiada juga bukti virus itu boleh berjangkit melalui air mani," katanya.

Sumber : CNN
Kredit Foto : Astro AWANI