Hiburan
“Jaga Negeri Kite Molek-Molek” – Mat Dan Balik UK, Minta Orang Ramai Jaga Terengganu
Pengacara Mat Dan sempat berseloroh dengan meminta orang ramai agar menjaga negeri Terengganu dengan baik sepanjang dia pulang ke negera kelahirannya, United Kingdom (UK).
Menerusi laman sosial Instagram, Mat Dan atau nama Islamnya Kareef Daniel Abdullah, 30, memuat naik sekeping foto dirinya bergambar di hadapan tarikan ikonik di Terengganu, Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
“Next week Mat Dan dah balik UK. Mat Dan akan promote Terengganu dekat sana. Sementara Mat Dan tak ada beberapa hari ni, korang jagalah negeri kita ni molek- molek eh,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.
Menunjukkan rasa cintanya pada negeri pantai timur itu, Mat Dan turut memaklumkan dia akan mempromosikan negeri Terengganu sepanjang dia berada di UK.
Biarpun bukan anak jati Terengganu, perkongsian rasa cinta Mat Dan terhadap negeri itu mendapat reaksi positif daripada wargamaya.
Bukan sahaja mereka terharu, mereka turut berjanji akan menjaga negeri itu dengan baik sepanjang ketiadaan Mat Dan.
“Sayang Mat Dan ke Terengganu macam inilah orang nak,” ujar seorang netizen.
“Baik sangat Mat Dan ni. I yang pernah belajar kat UK dengan suami orang Terengganu pun tak sayang Terengganu macam Mat Dan,” komen seorang netizen.
“You promote Terengganu baik-baik ya,” pinta seorang netizen.
“Beres Dan, semoga selamat pergi dan selamat balik,” kata seorang netizen.
“Tak nampak macam mat salleh dah Mat Dan ni. Nampak macam orang Terengganu tulen dah,” puji seorang netizen lagi.
Mat Dan berkahwin dengan isterinya, Nadifa Adnan, 29 pada 12 Mac 2017 dan menimang seorang cahaya mata lelaki pada 5 Mei 2018.