,
Hiburan

Jaga Pemakanan & Buat Aktiviti Fizikal,  Dina Nadzir Berjaya Hilang 17 Kilogram! - “Saya Sekarang Sangat Suka…”

Asyraf Roslan
05/10/2024
02:55 MYT
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir akui sudah hilang sebanyak 17 kilogram sejak bulan Mac tahun ini.
Menurut Dina, dia tidak melakukan sebarang diet khusus namun hanya menjaga pemakanan dan banyak melakukan aktiviti fizikal.
“Kalau saya buat live di Tiktok, ramai yang tegur kata saya dah turun berat badan.
“Ada yang tanya saya apa yang saya lakukan, sejujurnya saya hanya tiada selera makan sahaja. Tapi bila nampak dah mula hilang berat badan saya terus jaga pemakanan saya, banyak buat aktiviti fizikal dan ubah penampilan saya.
“Macam saya kata saya tiada selera nak makan, jadi portion makan saya pun berubah. Dulu saya boleh habiskan nasi goreng yang saya order, tapi sekarang saya akan makan sedikit demi sedikit. Makanan manis pun saya dah mula kurangkan.” katanya kepada Gempak.
Dina juga menyatakan bahawa perubahan yang dia hadapinya bukan kerana melalui episod luka dalam percintaan.
Namun pelantun lagu Malu Tapi Mahu ini berkongsi wujud suara di dalam kepalanya yang membuatkan dia berasa kurang keyakinan diri.
“ Untuk orang yang kenal saya, mereka sudah tahu yang saya sudah 15 tahun single.
“Tapi untuk kebelakangan ini,bila saya nampak kawan-kawan saya sudah mula mendirikan rumah tangga, saya cuba reflek balik diri saya timbul persoalan apa yang salah dengan diri saya, kenapa tiada orang tidak mahu rapat dengan diri saya.
“Bila suara-suara ini ada dalam kepala saya ia membuatkan saya banyak berfikir, sebab saya merupakan seorang yang overthinking. Kenapa orang mahukan saya, saya tidak cantik, putih, kurus jadi kenapa orang mahukan saya, ayat-ayat ini sentiasa bermain dalam kepala saya,” tambahnya.
Pada masa sama, pemilik nama Faradina Mohd. Nadzir, 39, juga menyatakan oleh sebab suara-suara itu selalu bermain di dalam kepalanya, banyak perkara yang diminatinya sudah tidak lagi dilakukan.
Namun dia sangat bersyukur kerana mempunyai hobi baharu untuk mengatasi masalah tersebut.
"Banyak benda yang saya suka dahulu seperti aiskrim,pop corn, mewarna semua saya tidak suka sekarang tapi saya bersyukur sebab saya sudah jatuh cinta dengan diving.
“Saya akui saya seorang yang takut air, suruh la buat apa sahaja saya okay.
“Tapi kalau air ini saya agak takut, jadi bila pakar perubatan meminta saya untuk buat sesuatu melawan ketakutan saya memilih untuk menyelam. Tapi selepas lakukannya saya sangat seronok,” tambah Dina.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

gempak
29/10/2024
09:55 MYT
Pengasas Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), Anita Abu Bakar mengakui cabaran stigma dan diskriminasi masih wujud, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

Didakwa Cerai Sebab Ada Masalah Kesihatan Lelaki, Fazley Yaakob; "Azrene Pernah Gugur 13 Kali, Dekat Mananya Saya Tak Sihat?"

gempak
19/10/2024
02:55 MYT
Hanya tergelak! Demikian reaksi cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ketika ditanya mengenai penyebaran khabar angin mendakwa dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki yang menjadi punca perceraian dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Hiburan

“Kalau Anda Cakap Saya Cantik, Terima Kasih” - Sofia Jane Utamakan Kesihatan, Dah Lama Tak Ambil Makanan Proses

gempak
18/10/2024
14:04 MYT
Pelakon hebat, Datin Sofia Jane lebih mengutamakan soal penjagaan kesihatan bagi memastikan dirinya kekal cergas untuk menjalani tempoh penggambaran yang panjang.
Unitar