,
Berita

Jaga-Jaga... Lama Sangat Hadap HP Boleh Percepat Tua, Rosakkan Kulit Muka?

Kamaruddin Razal
29/04/2020
22:15 MYT
Kecenderungan duduk menghadap komputer atau telefon pintar akibat terkurung di rumah elak pandemik COVID-19 terlalu lama, membawa kesan kulit muka bakal cepat nampak tua.
Memetik laporan Astro Awani, dalam suasana tertekan terpaksa hidup terkunci dalam rumah (lockdown), timbul berita ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kulit muka akibat terdedah kepada cahaya lampu biru dari skrin komputer atau telefon pintar.
Cahaya biru memang wujud, terkandung dalam panahan pancaran matahari. Tumpuannya bertambah dalam rumah dari punca peralatan seperti lampu kalimantang dan lampu LED, skrin LED dan telefon pintar.
Akibat terkurung berminggu minggu lamanya, bahaya kini meningkat bagi individu yang menghadap skrin komputer atau telefon pintar berlebihan.
Channel News Asia yang memetik kajian global 2019 oleh kumpulan pemasaran 'We Are Social' mendedahkan, warga Asia menghabiskan lebih tujuh jam menguna kemudahan Internet sehari. Ini ditambah dengan lebih dua jam berlegar-legar di laman sosial.
Pandemik COVID-19 yang mengakibatkan pengurungan di rumah menambah jumlah masa pendedahan kepada cahaya biru ini dengan mendadak dalam kalangan warga kerja mahupun ahli keluarga.
Cahaya biru ini bukan sahaja membawa kesan tegang kepada mata tetapi juga merosak kulit yang cepat menua dan mengalami pigmentasi.
Lain dari cahaya ultra ungu (UV rays), cahaya biru mampu menembus kulit hingga menjejaskan lapisan kolagen dan elastin. Pendedahan pada kadar yang melampau mengakibatkan hilangnya ketegangan kulit dan timbul garis kedut.
Channel News Asia memetik pakar kulit Dr Teo Wan Lin yang memberi amaran tentang bahaya cahaya biru dari skrin komputer dan telefon bimbit yang berlebihan.
“Pendedahan kepada cahaya biru ini akibat masing masing menghabiskan masa bermesyuarat melalu video atau menonton berlebihan mengundang bahaya penuan,” katanya.
Sumber: Channel News Asia / Astro Awani Kredit foto: BurgerAbroad
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Viral

PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

gempak
16/07/2024
15:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan sepasukan penyelam (Unit Forensik) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor esok.
Bollywood

Hrithik Roshan Kritik Iklan Telefon Pintar: “Sad & Ignorant"

gempak
12/05/2024
11:58 MYT
Aktor Hrithik Roshan menjadi selebriti terkini dunia yang menyelar iklan terkini keluaran syarikat gergasi, Apple.
Laman Utama

Telefon Pintar Paling Tahan Lasak, Ini 7 Sebab Anda Harus Ada HONOR X9b

gempak
01/11/2023
12:10 MYT
HONOR kembali dengan telefon pintar lebih tahan lasak dengan ciri-ciri terbaik.
Laman Utama

Lawa Sungguh Siri realme 10 Pro 5G Ni, Secantik The Sara Sister! Kamera Terbaik, Caj Laju... Semak Apa Lagi Yang Best

gempak
09/03/2023
08:30 MYT
Siri realme 10 Pro 5G lawa & tahan lama