Pelakon Amyza Aznan menasihati pengikut laman Instagram miliknya supaya sentiasa menjaga bentuk badan dan penampilan supaya kelihatan cantik.

Menerusi entri di laman sosial terbabit, Amyza berharap agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya mengutuk rupa fizikal seseorang itu daripada luaran.

"Salah step takpe, jangan salah bual.Kak Kaaia have have nak pesan. Jaga la body luar dan dalam elok-elok.

"Jangan sibuk dok kata badan orang, manakala badan hang macam 4by4. Haaa lama-lama bye-bye la," tulisnya.



Menerusi ruangan komen rata-rata terhibur membaca kapsyen yang ditulis oleh Amyza.

Ada juga mengatakan bahawa kapsyen itu seolah-olah ditujukan pada seseorang yang mengkritik bentuk badannya.

Sebelum ini, bentuk Amyza pernah dikritik apabila dikatakan terlalu kurus sehingga menjadi pendebatan netizen di media sosial.