Hiburan

"Jagalah Mereka Seperti Bapa Sendiri" - Anak Terpaksa Tumpang Kasih Sayang, Luahan Rita Rudaini Buat Ramai Sebak

gempak
Hanafis Haris
21/06/2020
19:06 MYT
Sponsor Banner
"Jagalah Mereka Seperti Bapa Sendiri" - Anak Terpaksa Tumpang Kasih Sayang, Luahan Rita Rudaini Buat Ramai Sebak
Pelakon Rita Rudaini membuatkan ramai tersentuh apabila berkongsi kisah yag sedikit berbeza bersempena sambutan hari bapa.
Menerusi satu posting di Instagramnya, Rita meluahkan pengertian hari bapa buat kedua-dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9.
Menurut Rita, bagi anaknya Paklong dan Paksu adalah 'bapa' mereka daripada kecil.
"Dari kecil kasih sayang tak pernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara.
"Apa yang anak mereka dapat, anak saya pun akan dapat. Mana pernah mereka lupa seinci pun anak-anak saya.
"Kasih sayang mereka tiada sempadan, walaupun mereka hanyalah seorang bapa saudara," katanya.
Jelasnya, budak-budak kecil selalunya akan ingat siapa yang selalu bersama mereka.
"Anak saya cukup bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik dan mengambil berat umpama anak sendiri
"Walaupun berjauhan tapi anak saya tetap ingat dan sering ucap rasa rindu kalau lama tak jumpa.
"Wahai anak ingatlah jasa mereka bila besar nanti, jagalah mereka seperti bapa sendiri. Kasih sayang mereka tak boleh diganti dengan wang ringgit dan harta benda," katanya.
Posting berkenaan kemudian membuat ramai pengikut Instagram Rita sebak.
Rata-rata mereka kagum dengan semangat dan ketabahan Rita membesarkan anak-anak.
Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.
Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktah lima tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Harini adalah HARI BAPA....anak2 xpernah lupa wish utk sy,paklong dan paksu dorg.... Paklong & Paksu...bg mereka itu lah 'bapa' ...dr kecik kasih syg xpernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara...apa yg anak mereka dpt,anak sy pon akan dpt....mana pernah mereka lupa seinci pon anak2 sy......kasih syg mereka tiada sempadan....walaupon mereka hanyalah seorang bapa saudara......budak2 kecik ni akan ingat siapa yg selalu bersama mereka...budak2 akan kasih dan suka org yg kasih kn mereka....Ank2 sy cukup bertuah kerana di kelilingi bapa saudara yg baik dan mengambil berat umpama anak sendiri....walaupon berjauhan tp ank2 sy tetap ingat dan sering ucap rasa rindu klau lama xjumpa...sering sebut klau ada apa2...rasa yg ada dlm diri ank2 terhadap 'bapa saudara' dorg ni mmg pure love...senyuman dan mata bahagia dorg dpt sy rasa......wahai ank..ingatlah jasa mereka bila besar nanti.....jagalah mereka spt bapa sendiri....itu pesan sy pd mereka selalu....kasih syg mereka xle di ganti dgn wang ringgit dan harta benda....SELAMAT HARI BAPA kpd paklong @d4nimuz7 & paksu @neves7727 ......ryan & arjuna adalah anak2 yg paling bertuah dpt merasa kasih seorg ayah lebih dr satu .....terima kasih TUHAN...?
A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024