Laman Utama

“Jagalah Sikit Emosi Ibu Mengandung, Janganlah Libatkan Dia Dalam Isu Itu” - Suami Mohon Henti Kecam Syura

Mya Amri
30/01/2023
02:50 MYT
Suami kepada penyanyi, Syura Badron iaitu Muhamad Farizat Ismail, 29, memohon netizen berhenti melemparkan kecaman terhadap isterinya.
Menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya, Farizat berharap netizen tidak melibatkan isterinya dalam kontroversi perkahwinan antara pelawak Chot bersama Zurina Badron iaitu kakak kepada Syura.
Ini kerana kecaman diberikan agak menganggu emosi isterinya dan juga bayi di dalam kandungan.
“Wahai insan-insan yang berhati mulia, cukup-cukuplah tu mention nama isteri saya. Minta jasa baik untuk berhenti kecam isteri saya.
“Jagalah sikit emosi ibu mengandung, tak tenang isteri dan anak saya dalam perut tu. Janganlah libatkan dia dalam isu tu…
“Tak ada kena mengena pun. Saya doakan agar kalian dipermudahkan segala urusan dan dimewahkan rezeki selalu,” mohonnya.
Dalam pada itu, Syura juga menerusi perkongsian di platform sama memaklumkan bahawa dirinya sudah memaafkan mereka yang memberikan komen negatif.
“Terima kasih abie, tak apa… Kita maafkan diaorang, insya-Allah,” tulisnya ringkas.
BACA: [VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya"- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga
Terdahulu, nama Chot dan Zurina hangat diperkatakan selepas bekas isteri pelawak itu mendedahkan perkahwinan mereka.
Malah dalam hantaran tersebut juga, bekas isterinya juga turut mengingatkan agar tidak melupakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anaknya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Hiburan

Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

gempak
20/07/2024
00:13 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa yang kini hamil anak pertama berkongsi pengalaman berdepan dengan alahan.
Hiburan

Netizen Risau Intan Najuwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan

gempak
18/07/2024
21:55 MYT
Pelakon Intan Najuwa memahami kebimbangan segelintir netizen mengenai perkongsian tentang kehamilannya menerusi hantaran di Instagram.
Hiburan

Dakwaan Isteri Kini Sedang Berbadan Dua, Hafidz Roshdi Tampil Beri Respons

gempak
14/07/2024
01:55 MYT
Mendapatkan jawapan Hafidz sendiri, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kepada pihak media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistriet Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.
Viral

5 Tahun Menunggu, Kieda Crepe Hamil Anak Ketiga

gempak
08/07/2024
03:55 MYT
Pemilik perniagaan pencuci mulut, Kieda Crepe menzahirkan rasa syukur selepas dia disahkan hamil.