Skip to main content

Viral

Jaguh Paralimpik Negara Sudah Bersedia! Kagum Tengok Semangat Mereka…

paralimpik-tokyo-2020.jpg

Kepulangan kontinjen negara dari Tokyo tanpa tiga pingat yang disasarkan menyuntik semangat luar biasa buat Sukan Paralimpik negara untuk lebih bersedia mengambil alih tugasan yang bermula 24 Ogos ini.

Semangat membara 22 atlet paralimpik negara yang bakal bertolak ke Tokyo beberapa hari lagi ini, membuatkan mereka optimis dan yakin mampu mempamerkan prestasi terbia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Dalam edisi kali ini, lima atlet paralimpik menjadi sandaran untuk sasaran tiga kilauan emas iaitu Ziyad Zulkifli dan Latif Romly mengetuai sasaran ditambah dengan kemampuan Bonnie Bunyau, S. Suresh dan Chia Lek Hou.

Olahraga
Abdul Latif Bin Romly (Lompat Jauh - T20)
Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru - F20)
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m - T36)
Wong Kar Gee (Lompat Jauh - T13)
Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin (400m - T20)

Memanah
Suresh Selvatamby (Recurve Lelaki)
Wiro Anak Julin (Kompoun Lelaki)

Badminton
Cheah Liek Hou (Single Lelaki SU5)
Didin Bin Terasoh (Single Lelaki SH6)

Boccia
Chew Wei Lun (Mix Individual - BC1)

Berbasikal
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
Muhammad Hafiz Jamali
Zuhairie Ahmad Tarmizi
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
Nurul Suhada Zainal

Angkat Berat
Bonnie Bunyau Gustin (Lelaki 72kg)
Jong Yee Khie (Lelaki 107kg)

Renang
Brenda Amelia Larry
Muhammad Nur Syaiful Bin Zulkefli
Jamery Anak Siga

Ping Pong
Chee Chaoming (Single - TT9)

Tenis Kerusi Roda
Abu Samah Borhan (Single Lelaki)

Dalam temasya Paralimpik Rio 2016 sebelum ini, Malaysia berjaya membawa 3 pingat emas dan 1 pingat gangsa. Harap kali ini, kontinjen Malaysia dapat membawa lebih banyak pingat kepada negara.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LATIFROMLY (@latifromly)

Must-Watch Video

Advertisement