BERITA
Jaheaik, Bomba Pujuk Lelaki Berkhalwat Menyorok Di Balkoni Tingkat 19
Seorang lelaki yang dipercayai berkhalwat cuba melarikan diri daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dengan menyorok di balkoni tingkat 19 sebuah apartmen terkemuka di sini pada Rabu.
Berjaya dipujuk keluar
Tindakan lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyebabkan Jaheaik terpaksa meminta bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.Bagaimanapun, lelaki tersebut berjaya dipujuk keluar dari balkoni terbabit dengan selamat hasil kerjasama antara Jaheaik dan pihak bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.27 pagi dan tiba di lokasi kejadian sekitar jam 9.42 pagi.
"Bagaimanapun, mangsa telah berjaya dipujuk oleh anggota Jaheaik dan berada dalam keadaan selamat," katanya"Semasa tiba di lokasi, kami dapati benar ada seorang lelaki yang dikatakan cuba melarikan diri daripada pihak Jaheaik dan menyembunyikan diri di balkoni tingkat 19 apartmen tersebut.
Menurutnya, tindakan lanjut diserahkan kepada pihak Jaheaik dan operasi tamat pada jam 9.57 pagi.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video