Laman Utama
Jakarta Banjir, Rumah Raja Dangdut Rhoma Irama, Pereka Fesyen Dian Pelangi Tenggelam
Beberapa kawasan di Jakarta, Indonesia mengalami banjir buruk, semalam selepas hujan dilaporkan tidak berhenti sejak beberapa hari lalu.
Dalam banyak rumah yang ditenggelami banjir, antaranya adalah rumah raja dangdut Rhoma Irama yang berada di kawasan Bangka, Jakarta Selatan.
Dilihat daripada gambar yang dirakamnkan, bahagian depan rumah Rhoma Irama ditenggelami air setinggi pinggang orang dewasa.
Malah, ini bukan pertama kali kediaman penyanyi senior itu ditenggelami banjir. Menurut penjaga rumahnya, kawasan tersebut senang dinaiki air apabila hujan tidak berhenti selama dua hari.
"Sering banjir", kata penjaga kediaman rumah penyanyi itu seperti dilaporkan GempakId.
Namun saat ditanya di mana Rhoma Irama saat ini, penjaga rumahnya enggan membuka mulut.
"Beliau sudah berpindah sementara," ringkas katanya.
Sementara itu, kediaman milik pereka fesyen muslimah Dian Pelangi yang cukup terkenal di Malaysia juga ditenggelami banjir.
Kediaman Dian Pelangi yang terletak di kawasan Kemang, Jakarta Selatan itu juga ditenggelami banjir sehingga paras pinggang.
Hal itu membuatkan dia, suami dan anak mereka perlu berpindah sementara ke kediaman abangnya.
Menurut laporan Detik.com, kediaman Dian Pelangi mula dimasuki air selepas Subuh dan semakin tinggi sehingga memaksa mereka perlu berpindah.
Kredit Foto: GempakId, Detik.com
Must-Watch Video