Pengacara dan usahawan hijab, Neelofa menarik perhatian netizen dengan gaya jalan ‘kutip duit raya’ yang mengundang perhatian ramai gadis untuk turut melakukan aksi yang sama.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkongsi video tersebut di laman Instagramnya dengan kapsyen tertulis, “jalan-jalan around kampung to kutip duit raya be like.”
Menerusi video pendek yang dimuat naik empat hari lalu, Neelofa bersama adik dan sepupunya melakukan satu pusingan sebelum berjalan dengan penuh gemalai.
Gaya jalan Neelofa itu kemudiannya telah menarik perhatian netizen sehingga ada yang menggelarnya #neelofachallenge.
Selain meniru aksi jalan Neelofa, rata-rata netizen turut memuji kecantikannya bersama sanak-saudaranya yang lain.
@junemrsfiraida: Barisan jelitawan Pasir Mas.
@tinisignature: Comel belako.
@nuruljoe: Lofa comel dowh.
@khairul_yu: Kemah molep sek dio kawad.
Selain meninggalkan komen pujian, ramai juga yang turut ‘tag’ nama ahli keluarga dan teman-teman masing-masing untuk meniru gaya jalan Neelofa ini.
Video itu sehingga kini telah mendapat hampir 800,000 tontonan.
Tahun ini, Neelofa meraikan lebaran bersama keluarganya di Pasir Mas, Kelantan dan kini sedang berada di Mekah bagi mengerjakan umrah.