Jalan Cerita Mudah, Pelakon Hebat, Sinematografi Cantik! Filem Butak Dapat Pujian Ramai
Hanafis Haris
15/10/2020 13:46 MYT
15/10/2020 13:46 MYT
Biarpun telah hampir satu minggu ditayangkan, Filem Butak terus menjadi mendapat reaksi positif terutama dalam kalangan penonton dan peminat filem tanah air.
Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-ratanya memuji jalan cerita dan mesej cuba disampikan sutradara, Sabri Yunos.
Malah, Butak turut menerima ulasan dan kritikan positif daripada blogger dan pengkiritik filem.
Antara yang memberi pujian adalah penulis blog dikenali sebagai Zool.
Menurut ulasannya di laman blog itu, Zool menjeaskan beberapa perkara yang membuatkan Butak agak cemerlang.
“Pada pendapat aku filem ini agak menarik disebabkan barisan pelakon yang cukup mantap. Meskipun bukan dalam kalangan pelakon komersial tapi kesemua menjalankan tugas dengan baik.
“Props juga cukup sempurna. Dianggarkan kegunaan pelakon tambahan mencecah ratusan orang. Ia bukan mudah untuk melakukan,” katanya.
Tambahnya, sinematografi filem ini juga cukup baik.
“Warna dan pemandangan kawasan kampung memang cukup cantik.
“Jalan cerita yang tidak berat dan mudah. Dialek yang unik yang mungkin sedikit pelik bagi aku.
“Teknik CGI untuk membuat kapal. Memang menarik sebab jarang digunakan oleh filem tempatan
Anda boleh lihat lihat ulasan penuh tersebut di sini.
Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.
Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.
Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.
Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.
Jangan lupa untuk menonton filem Butak yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai hari ini.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.