Sukan
"Jalan Raya Bukan Macam Main Saidina Bang! Kalau Kena Langgar ..." - Azizulhasni Tegur Penunggang Basikal Selfish
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dalam satu kemas kini di media sosial, secara terbuka memberi teguran kepada segelintir penunggang basikal agar tidak menjadikan isu keselamatan di jalan raya sebagai satu perkara remeh.
Kata Azizul, berdasarkan pengalamannya sendiri, penunggang basikal seharusnya sentiasa beringat dan sedar akan risiko apabila berada di jalan raya.
"Di atas jalan raya ni bukan macam main Saidina bang. Kalau tersilap, boleh repeat balik. Masya Allah, cukuplah dengan apa yang saya lihat dengan mata saya sendiri.
Advertisement
"Kita rasa kita hebat atas jalan raya tapi kalau kena langgar dengan kenderaan lain macam mana?
"Harus diingat, kita ni hanya beroda dua saja, paling berat pun mungkin 100kg jika nak dibandingkan dengan kenderaan lain yang empat tayar dan beratnya paling kurang 1,000kg," tulis pemenang pingat gangsa Olimpik 2016 itu.
Azizul mengulas gelagat segelintir daripada mereka yang dilihat seolah-olah mementingkan diri dan tidak kisah dengan soal keselamatan, menimbulkan kemarahan banyak pihak sejak akhir-akhir ini.
Justeru, Azizul berkongsi beberapa tip bagi membantu penunggang basikal mengelak kecelakaan di jalan raya.
"Kalau boleh pilih tempat kayuhan yang selamat dan kurang kesesakan kenderaan lain. Apabila berkayuh tu, kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ketepi dan ketengah macam zig-zag.
"Bila berkayuh dalam kumpulan kecil, buat satu line panjang sahaja dan boleh buat swap turn. Begitu juga dengan kayuhan dalam kumpulan besar, buat dua line dan cuba untuk rapat dengan bahu jalan.
"Apabila hendak membelok, pastikan anda memberikan isyarat tangan, sama juga apabila ada lubang atau halangan di atas jalan raya.
"Kalau berkayuh dalam kumpulan besar, adalah lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang. Dan paling penting, tolonglah berhenti bila lampu merah," tambahnya.
Prospek emas negara dalam Sukan Olimpik akan datang itu juga sempat berpesan agar penunggang basikal mengamalkan sikap saling menghormati semasa di jalan raya.
"Treat people the way you want to be treated. Jangan timbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain kerana impaknya nanti semua orang kena. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga," tambahnya.
Must-Watch Video