Hiburan

Jalani Penggambaran di Jeju, Berani Bangkit Bakal Menemui Penonton 14 Disember Ini!

Kamaruddin Razal
08/12/2019
02:21 MYT
Program terbaru yang bakal bersiaran di Astro Oasis, Berani Bangkit bakal menemui penonton bermula 14 Disember ini.
Diterbitkan oleh Asri Ahmad yang merupakan pengasas Asri Ahmad Academy, ilmu dan pengalaman yang meluas selama 21 tahun dalam bidang pelaburan saham mendatangkan idea untuk Berani Bangkit.
"Menerusi rancangan yang berbentuk travelog ini, ia akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat tentang ilmu pelaburan.
"Berani Bangkit menampilkan tema travelog-dokudrama dan dirakamkan di sekitar Pulau Jeju, Korea Selatan.
"Menampilkan beberapa individu yang berjaya dalam bidang pelaburan, Berani Bangkit memperkenalkan pendekatan tersendiri dan tak hanya menjurus mengenai cerita pelaburan semata-mata.
"Berani Bangkit akan bercerita mengenai kejayaan individu yang telah sukses dalam bidang pelaburan saham. Pada masa yang sama, kami menyelitkan juga info penting dan berguna mengenai ilmu pelaburan yang patuh syariah," katanya.
Asri Ahmad, pengasas Asri Ahmad Academy
Dalam pada itu, Asri turut mengakui agak sukar untuk membina kepercayaan mengenai pelaburan kepada masyarakat di luar sana.
"Apa yang tidak boleh kami nak nafikan, proses untuk membina kepercayaan terdadap orang bukan mudah.
"Ia merupakan satu proses yang sukar bagi mendidik orang, terutamanya orang Melayu.
"Apa yang ramai orang lain perasan, wujudnya stigma berhubung pelbagai penipuan dalam skim pelaburan.
"Berani Bangkit akan cuba mengkis persepsi terbabit dan penonton akan melihatnya dengan berbeza berbanding sebelum ini," katanya lagi.
Bakal bersiaran selama lapan episod, Berani Bangkit akan mula bersiaran di saluran Astro Oasis setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula pada 14 Disember ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mawi Jawi, Belajar Tulisan Jawi Sambil Berhibur Bersama Mawi

gempak
17/12/2022
07:45 MYT
Menarik program baru ni.
Laman Utama

Telefilem & Dokumentari Hebat Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini

gempak
09/07/2022
12:20 MYT
Rancangan menarik sepanjang Hari Raya Aidiladha
Laman Utama

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini

gempak
05/07/2022
11:50 MYT
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha
Laman Utama

9 Program Menarik Untuk Anda Di Saluran-Saluran Astro Sepanjang Ramadan Ini

gempak
06/04/2022
10:50 MYT
Program menarik untuk penonton sepanjang Ramadan
Laman Utama

Rockstar Ke Masjid, Tazkirah Malam Jumaat, Kembara Chef Wan 2022? Astro Oasis ‘Hidang’ 8 Rancangan Penuh Ilmiah Ramadan Ini!

gempak
03/04/2022
05:01 MYT
Menarik sepanjang puasa!