Laman Utama
Jalani Ujian Saringan COVID-19, Vivy Yusof Bersyukur Keputusan Negatif
Usahawan fesyen Datin Vivy Yusof bersyukur apabila dia dan suaminya dilaporkan negatif dalam keputusan ujian saringan COVID-19 yang diambil.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Vivy berkongsi berita itu untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah untuk keputusan ujian saya hari ini.
“Tetapi perlu sentiasa peka dah mengamalkan penjarakan sosial. Selalu pakai pelitup muka dan stay safe semuanya,” tulis Vivy menerusi ruangan IG Storynya.
Menerusi perkongsian itu lagi, Vivy turut berkongsi satu perbualan WhatsApp antara dia dan bapanya yang menasihati anaknya itu agar sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal.
“Nasihat saya supaya lebih serius dengan penjarakan sosial dan tidak perlu berpelukan dengan orang yang awak dah lama tak jumpa sebagai langkah bejaga-jaga kerana pandemik ini belum tamat.
“Sentiasa berhati-hati dan peka. Awak dah dengarkan nasihat ni banyak kali dah daripada saya,” pesan bapanya lagi.
Sekadar info, Vivy dan suaminya, Fadzarudin Shah, 32, mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Daniel Azim Shah,7, Mariam Iman Shah, 5 dan Sarah Ilham Shah, dua tahun.
Must-Watch Video