Jamal Abdillah Tepis Dakwaan Zaki Yamani & Yamani Abdillah Tumpang Populariti - “Lari Macam Mana Pun, Bunyi Ayah Mereka Pasti Akan Ada”
Khairil Khusyairi
04/10/2024 03:55 MYT
04/10/2024 03:55 MYT
Penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah mengakui dua anaknya yang juga penyanyi iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah tidak dapat lari daripada lenggok suara yang dimilikinya.
Bunyi Akan Tetap Sama
Menurut Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali, dia menganggap perkara tersebut adalah bukan isu besar kerana bakat nyanyiannya telah diwarisi oleh Zaki dan Yamani.
“Tak ada masalah suara kedengaran sama, sudah nama pun anak dan bapa.
“Macam Osama Yamani, kalau menyanyi memang sebiji dengar seperti suara saya. Zaki pula semakin dewasa, semakin bertambah sama dengan saya.
“Sebenarnya mereka tak boleh nak lari sebab kami bapa dan anak. Kalau tengok Allahyarham Saleem dan anaknya, Syafiq Farhain pun begitu, memang akan ‘bunyi’ sama juga,” ujarnya kepada Gempak baru-baru ini.
Tak Tumpang Populariti
Dalam pada itu, pelantun lagu Sandarkan Pada Kenangan itu turut menegaskan kedua-dua anak lelakinya itu tidak menumpang popularitinya dalam mencipta nama dalam industri seni tanah air.
“Tak mengapa orang nak cakap mereka klon saya sebab memang anak-beranak.
“Tak mengapa orang nak cakap mereka klon saya sebab memang anak-beranak.
“Saya tidak melihat mereka berdua menumpang populariti saya pun.
“Cuma, mereka perlu fikirlah sampai bila hendak jadi pengikut, pastinya mereka juga ada haluan yang mahu dicapai,” ujarnya lagi.
Cari Identiti Sendiri
Malah, Jamal turut memberi pesanan agar Zaki dan Yamani perlu mencari identiti tersendiri sebagai seorang penyanyi.
“Mahu atau tidak, mereka juga pula perlu mencari kreativiti dan inisiatif untuk mengalirkan nyanyian dengan cara tersendiri.