Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos disahkan selesai menjalani rawatan dan dibenarkan discaj dari hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada Rabu.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook turut memaklumkan dirinya pulih sepenuhnya dari penyakit kanser paru-paru tahap empat yang dihidapi sebelum ini berdasarkan pemeriksaan susulan oleh pihak hospital.
"Alhamdulillah, saya sudah selesai menjalani rawatan dan dibenarkan discaj dari hospital Prince Court Kuala Lumpur pada tengahari ini.
"Pegawai Perubatan yang merawat saya telah mengesahkan kesihatan tubuh badan saya kembali normal seperti sediakala dan sihat untuk bertugas.
"Saya juga telah disahkan pulih sepenuhnya dari penyakit Kanser Paru-paru Tahap 4 yang saya hidapi sebelum ini berdasarkan pemeriksaan susulan yang dijalankan oleh pihak hospital," tulisnya.
Menurutnya, keadaan kesihatan yang merudum sejak Sabtu lalu adalah disebabkan beban tugas terlampau seperti menghadiri hampir 20 program dalam masa dua hari.
"Keadaan bertambah buruk lagi apabila saya didapati terkena keracunan makanan di dalam salah satu majlis tersebut sehingga menyebabkan saya pitam.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang sudi melawat dan mendoakan kesihatan saya sepanjang terlantar di hospital," katanya pada Rabu.
Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu dikejarkan ke hospital selepas rebah dalam satu program parti itu di Sungai Besar pada Sabtu malam.
Jamal yang juga baharu sahaja pulih dari penyakit kanser paru-paru dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Amri Hassan
Thu Sep 22 2022


The Weeknd Derma RM117 Juta Untuk Gaza
Ia mampu membantu lebih 173,000 warga Palestin untuk tempoh dua minggu.
.png?ext=.png)
Berdosa Ke Tak? Ini Hukum Buang Kucing Dalam Islam
Oh itu hukumnya...

Artis Wanita Kulit Putih Anak Dua Terlibat Aktiviti 'Swinger', Tawarkan Khidmat Seks Dengan Suami Sendiri?
Astaghfirullah!

Samseng Jalan Raya Elak Bayar Tol, Punca Kemalangan! Netizen Berang - "Dia Yang Langgar, Dia Pula Cari Gaduh"
Berlagak samseng

“Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ye Untuk Bulan Ni,” - Ayu Damit Selamat Bersalin Anak Keempat
Alhamdulillah.

Ini Caranya Nak Dapatkan Wifi Kencang Berkelajuan 500Mbps Pada Harga RM90 Sebulan!
Berbaloi betul!

Pertaruh Naskhah Berkualiti, W: Two Worlds Versi Tempatan Rupanya Digarap Oleh Sutradara & Penerbit Nenek Bongkok Tiga!
Memang mantap!

Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna Jadi Pengapit BCL, Tiko
Tahniah BCL.

Berkaki Ayam Naik Sampan, Sampai Uniform Kena Lumpur, Ramai Salut Kakak Misi Ini
Murninya hati...
Dato’ Awie pernah terima satu guni surat cinta daripada fans? | GMW Specials
Sebut je band WINGS, confirm semua tahu lagu dorang. Antara band legend dekat Malaysia. Beratur awek nak kirim surat cinta dekat Dato’ Awie tau. 1 guni surat cinta ya. Jom layan video penuh sekarang.
Saksikan video penuh GMW Specials SEKARANG di gempak.com/gempakmostwanted
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWSpecials
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Saksikan video penuh GMW Specials SEKARANG di gempak.com/gempakmostwanted
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWSpecials
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu