James Blunt Dakwa Zakar Mengecil Kerana Ubat COVID 19
Maliah Surip
28/07/2021 14:45 MYT
28/07/2021 14:45 MYT
Penyanyi James Blunt baru baru ini mengaku dirinya telah dijangkiti wabak COVID 19 sebelum melakukan persembahannya di Royal Albert Hall, London pada 23 Julai lalu.
Pelantun lagu You're Beautiful itu menceritakan pengalamannya sepanjang menjadi pesakit COVID 19. Dia mengaku telah terjangkit COVID 19 hanya dua minggu sebelum berada di pentas tersebut.
"Dua minggu sebelum ini saya telah dijangkiti COVID 19. Selain saya, dua pemuzik dan dua orang kru saya juga positif," katanya seperti dilaporkan Aceshowbiz.
Menurut penyanyi berusia 47 tahun itu, dia mengalami gejala yang lebih berbanding pemuzik dan krunya kerana mereka telah mendapatkan dua dos vaksin, sementara dirinya baru sekali menerima suntikan vaksin.
Hal itu membuatkan dia berasa masih belum pulih sepenuhnya sewaktu membuat persembahan walaupun telah disahkan bebas penyakit tersebut.
"Saya tidak tahu adakah anda boleh mendengar suara saya yang kurang baik. Semuanya kerana virus ini telah menyerang paru paru saya," katanya.
Selain mengalami batuk yang teruk, Blunt mengejutkan peminat apabila mengaku zakarnya menjadi semakin kecil gara gara terkena wabak tersebut. Hal itu dipercayai disebabkan oleh jenis ubat yang diambil.
"Saya diberikan steroid. Kerana itu, saya rasa zakar saya yang kecil jadi semakin mengecil," akuinya.
Blunt yang dilaporkan masih batuk dan kerap meneguk minuman sewaktu persembahan bagaimanapun sebelum ini pernah mengatakan pandemik COVID 19 mempunyai hikmah tersendiri buat dirinya.
Kepada akhbar Henley Standard, dia mengaku banyak menghabiskan waktu bersama keluarga selepas tidak dapat meneruskan aktivitinya untuk melakukan konsert.
"Sepatutnya saya melakukan konsert jelajah namun semuanya terhenti kerana pandemik. Sejak itu saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga, dan itu membuat saya berasa hikmahnya kerana menikmati banyak masa bersama mereka," katanya.
Kredit Foto: Aceshowbiz