VIRAL
James Charles Kutuk NIMS, Beri Rating 3/10! Ini Reaksi Founder - "Tak Semua Tekak Sama"
Apabila YouTuber dan jurusolek sensasi dunia, James Charles, beri rating 3/10 untuk NIMS Crispy Choco Tub, ramai ingat pengasas NIMS akan 'sentap' dan makan hati.
Ternyata silap andaian itu. Hakikatnya, pengasas jenama berkenaan, Tengku Norhanim Tengku Othman atau Hanim, membalas ulasan ‘buruk’ itu dengan penuh kelas dan keyakinan.
“Tak semua tekak sama. Biasalah kalau ada yang tak suka. Tapi ramai rakyat Malaysia bagi rating 10/10 untuk NIMS. Kita sudah tembus pasaran 18 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS).
“Saya percaya kepada Bad Marketing, Big Impact. Jadi saya okey saja dan tak ambik hati dengan ulasan dia,” kata Hanim.
Walaupun ulasan itu cuiup ‘pedas’, Hanim berkata, dia tetap bersyukur sebab dapat produk miliknya mendapat publisiti percuma daripada pempengaruh bertaraf global itu.
Malah, Hanim turut merancang nak hantar satu set kombo khas untuk James dan ajak berkolaborasi dengannya.
“Kalau dia terkenal dengan gambaran bersifat ‘fruity’, kami pula penuh warna-warni! Mana tahu James boleh reka kombo ikut citarasa dia.
“Packaging pun biar dia boleh pilih dan tentukan. Mana tahu boleh wujud kolaborasi NIMS X James Charles,” katanya.
Hanim memaklumkan yang pihaknya memang tidak tersinggung dan cukup terbuka menerima ulasan dilakukan James.
Untuk rekod, jenama produk NIMS bukan calang-calang :-ldan pernah mendapat pengiktirafan hebat. Selain pernah diangkat sebagai Nona Best Crispy ChocoTub Award dalam Nona Superwoman Award 2022, jenama itu cemerlang di pengiktirafan lain.
Antaranya The Best Brandlaureate, Top 500 Trusty Brand Award (Majlis Tindakan Pengguna), AWEN AWARD (Asean Women Enterpreneur Network), IKSNITA Award (Women Young Enterpreneur), Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) serta The 100 Top Young CEO.
Produk ini diakui mempunyai piawaian antarabangsa, selain dikeluarkan di kilang yang ada tanda Halal dan mendapat pengiktirafan IS02200.
Di sebalik semua ini, rata-rata ramai tumpang bangga kerana produk tempatan mendapat perhatian antarabangsa. Sekalipun mendapat kritikan dan ulasan tak manis, pendedahan itu cukup berharga.

.jpg)