,
Berita

"Janda Pun Ada Taste..." - Norish Karman Dedah Lelaki Bawah 30-an Beratur Ajak Kahwin!

ZULHILMI JALIL
09/09/2020
08:50 MYT
Pelakon Norish Karman memberi bayangan seolah-olah terdapat orang di sekelilingnya yang seolah-olah berasa kurang senang dengan kehadirannya untuk dijadikan sebagai seorang kawan.
Dakwa Norish, dia merasakan seperti ada wanita yang cuba mengelak daripada dekat dengannya kerana bimbang dengan statusnya sebagai seorang janda.
"Ya, betul, Norish Karman ini membosankan. Sekadar ibu tunggal lapan orang anak yang bergantung padaku. Dahlah janda, tak kaya, tak glamor kan macam korang ada laki ada harta.
"Sebab ada lakilah korang boleh kaut duit buat bisnes, ada lakilah boleh yak yak yeah (bergembira) sana sini macam keluarga bahagia sampai syurga.
"Padahal tak bahagia, masing-masing ada extra affair (hubungan sulit), tapi demi status demi kekayaan... jadi, tak bolehlah kawan dengan janda macam aku nanti takut rampas laki korang erk..atau rampas tunang korang erk?," luahnya menerusi satu entri di Instagram berbentuk sindiran.
Begitupun, pesan Norish, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana dia sendiri tidak pernah ambil pusing soal pengganti teman hidup selepas bergelar janda.
"Agak-agaklah, janda pun ada taste (selera). Aku baru 46 tahun, bukan 96 tahun. Jejaka bawah umur 30 tahun pun beratur nak kahwin aku maa..siap mak ayah mereka pun sayang aku.
"Tetapi aku yang tak nak. Aku belum bersedia untuk ketepikan anak-anak dan ibu bapa yang mendoakan kejayaanku. Perjalanan masih jauh untuk capai kejayaan untuk kehidupan anak-anak saya," jelasnya.

Yer betul NK ni membosankan.. Sekadar ibu tunggal lapan orang anak yg bergantung pd ku.... Dah la janda tak kaya tak glamour kan macm korang2 ada laki ada harta sbb korang bawah sket dari dumblonde tanpa laki korang kerja kerani pun blum tentu lulus...sbb ada laki la korang bole kaut duit buat business....ada laki la bole yak yak yeehh sana sini macm Happy Family TiL Jannah ??? Padahal tak bahagia ?masing2 ada extra affair tapi demi status demi kekayaan..... so tak bole la kawan dgn janda macm Aku nanti takut rampas laki korang erk?? atau rampas tunang korang erk ??? Hagak3 laa ..janda pun ada taste maa...wa baru 46 bukan 96yrs old ma.....jejaka bwh umur 30thn pun beratur nak kawin wa maaa...siap Mak Ayah dorang pun sayang wa ma..... TeTapi wa yg TAK NAK...NK blum bersedia utk ketepikan anak2 dan ibu Bapa yg menDoakan kejayaan Ku....still long way to go to achieve success for my kidz life... Korang kata aoe ,NK dah tak relevan krn IG followers tak juta2 ?? Well dlm ig ni semua genuine followers...wa tak beli..sbb Wa tak reti fake my life...what U see us what u get.....what u see is what i am with my kidz....cuma kami takdelah nak upload muka sedih ke muka rak makan...Socmed ni kena upload yg helok2 yg positive tapi bukan la sampai Fake ur happiness tu korang la dgn Fake life korang.. Ada mulut2 kata ,NK tiada kepentingan melainkan NK bijak mengampu dan bersosial...? Maka yg konon kaya bergaul dgn yg have2 saje.. Yang konon ada pangkat bersosial dgn yg berstatus mewah dan berjaya saje... Yg kini ada business besar business hebat ada mentor la ada leader la bagai dah takde masa sbb ive nothing... Aku telah pilih utk tenggelamkanlah diri ku dalam lautan tasawuf yang akan membawa diri setiap individu mengecap kebahagiaan yang hakiki. Islam akan menjadi kuat apabila pendukungnya adalah mereka yang berjaya menundukkan hawa nafsu keduniianya . Islam akan kelihatan indah pada mukmin yang jiwanya terpancar rahasia makrifat . Allah tidak memandang fisik manusia . .maka dari itulah mari kita sama"melihat kedalam hati kita masing".. Kan sudah dipesan2 Bhw org yg bijak adalah org yg mengingati MaTi.... Bukan org2 yg menikmati Dunaiwi.... Kamu yg mane erk ???

A post shared by NORISH KARMAN (@thenorishkarman) on

BACA: "Saya Tak Amik Pot Apa Orang Kutuk Dan Mengata Pasal Saya Jika Saya Di Hina" - Norish Karman
Di ruangan komen, rata-rata yang mengalami senasib dengannya mengakui bukan mudah untuk seorang wanita memegang status janda.
"Saya pernah berada di tempat anda. Saya faham sangat macam mana keadaan bila difitnah dan dipandang 'paise' bula bergelar janda.
"Saya pun ibu tunggal anak empat. Sibuk dengan anak-anak tak ada masa fikir hal lain-lain termasuklah kahwin," komen sebahagian pengikutnya.
Sebelum ini, Norish pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada Januari 1998 sebelum berpisah pada Julai 2008.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Unitar