Jangan Abaikan! Ini Lima Jenis Buli Yang Sering Berlaku Dalam Kehidupan
Mya Amri
12/11/2024 04:50 MYT
12/11/2024 04:50 MYT
Seperti yang diketahui, buli merupakan masalah sosial yang masih lagi menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat.
Setiap tahun pasti akan ada kes buli yang dilaporkan.
Tindakan membuli juga boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di sekolah, tempat kerja dan di juga rumah sehingga menyebabkan pelbagai impak negatif kepada diri terutamanya dari aspek mental serta fizikal.
Ini antara lima jenis buli yang mungkin pernah dialami oleh individu tertentu.
#Buli di sekolah / universiti
Apabila bercakap mengenai buli, sudah pasti antara tempat paling popular adalah di sekolah dan juga universiti.
Antara kes buli yang sering dilaporkan adalah membuli secara fizikal seperti memukul, menumbuk dan menendang.
Serangan buli seperti ini kebiasaannya akan mudah disedari dan dikesan oleh orang sekeliling.
Buli secara fizikal ini boleh dikatakan sebagai bentuk buli yang paling teruk perlu dihadapi oleh mangsa.
#Buli di tempat kerja oleh bos / senior
Buli di tempat kerja juga merupakan antara isu yang semakin mendapat perhatian di negara ini.
Kes buli terhadap pekerja ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada mangsa termasuklah tekanan perasaan, kurang produktiviti dan menurunkan prestasi.
Lebih-lebih lagi apabila mereka menjadi mangsa buli kepada bos dan juga senior ditempat kerja.
#Buli dalam rumah tangga
Kes buli ini bukanlah satu cerita baru dan sentiasa berlaku tidak mengira masa.
Buli juga boleh berlaku dalam kehidupan berumah tangga dan berpunca daripada keganasan fizikal seperti seseorang mempunyai kecenderungan memukul pasangan untuk tempoh yang lama.
Walau bagaimanapun, satu lagi bentuk penderaan yang ada dalam hubungan jangka panjang ini adalah penderaan emosi atau pembulian emosi.
#Buli dalam kalangan keluarga
Sering kita mendengar kes buli berlaku melibatkan remaja namun bagaimana pula dalam kalangan keluarga?
Dibuli oleh adik-beradik sendiri sebenarnya boleh mendatangkan kesan bahaya kepada mangsa.
Dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Pediatrics, menyatakan kesan individu yang dibuli sama ada oleh abang atau kakak adalah sama seperti dibuli rakan sebaya.
Adakalanya kesan dibuli oleh adik-beradik adalah lebih teruk. Keadaan ini sekali gus menjejaskan status rumah yang sepatutnya dianggap sebagai sebuah tempat yang selamat.
#Buli siber
Perbuatan buli siber atau cyberbullying merujuk kepada penggunaan teknologi digital untuk mengganggu, merosakkan reputasi atau menakut-nakutkan seseorang.
Kegiatan buli ini juga boleh berlaku melalui pelbagai platform dalam talian antaranya laman media sosial, e-mel, laman web dan pesanan teks.
Seperti perbuatan buli lain, pembulian secara atas talian juga boleh membuatkan mangsa menjadi resah, kemurungan serta mengalami tekanan.
Dalam kes yang lebih teruk, ia juga boleh menyebabkan mangsa terdorong untuk mencederakan diri sendiri termasuk bunuh diri.
Mangsa turut boleh alami beberapa kesan fizikal seperti gangguan perut, muntah, tidur terganggu dan hilang selera makan.
Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Kahar: Kapla High Coucil dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.
Skrip Kahar Kapla High Council ini pula ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Selain itu, pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.
Saksikan Kahar: Kapla High Council yang akan berada di pawagam bermula 28 November ini.
Jadi #StopViolence! Keganasan bukan jalan penyelesaian.