Umum tahu mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keganasan rumah tangga bermaksud perlakuan ganas terhadap pasangan yang melibatkan penderaan secara fizikal, seksual, psikologi serta sosial.

Terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan keganasan rumah tangga. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Kemiskinan

Apabila sebuah keluarga tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pengangkutan.

Ketua keluarga terutamanya akan berasa tertekan dan berhadapan masalah dalam rumah tangga.

2. Pengangguran

Dalam tempoh PKP ini ada golongan yang tidak bernasib baik apabila diberhentikan kerja disebabkan ketidakstabilan ekonomi.

Ini menyebabkan mereka hilang punca pendapatan dan hanya berharap dengan tabung simpanan.

3. Pengabaian

Ada yang berlaku disebabkan golongan isteri terlampau asyik dengan mencari rezeki sehinggakan suami dan anak-anak terabai. Namun tidak kurangnya golongan ibu bapa yang suka melepaskan tanggungjawab.

Jika anak tidak diberi perhatian yang secukupnya, sudah tentu mereka cendurung untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dengan rakan-rakan yang bermasalah dan mengambil dadah.

Apapun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.



Jangan lupa untuk menyaksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April ini.

Secara eksklusif, Astro Shaw membawakan karakter setiap ahli keluarga Narendra dari pawagam terus ke rumah anda!

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Sebelum ini Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan penggiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

2 HARI LAGI sebelum korang bertemu dengan family Nerandra, korang standby ok kat rumah kita sama-sama tengok Tayangan Perdana #NantiKitaCeritaTentangHariIni di Pawagam rumah anda, Astro First mulai 23 April ini. . Utamakan keluarga dan semoga terhibur bersama kami di rumah #NantiKitaCeritaTentangHariIni #SetiapKeluargaAdaRahsia #NKCTHI #NkcthiMalaysia #DudukRumah #StayHome #KekalTenang #BePositiveStayNegative #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on