Hiburan

Jangan Ambil Mudah! Ini Jenis-Jenis Tradisi Buli Yang Sering Dilakukan Di Asrama

gempak
Mya Amri
15/11/2024
04:13 MYT
Sponsor Banner
Jangan Ambil Mudah! Ini Jenis-Jenis Tradisi Buli Yang Sering Dilakukan Di Asrama
Buli cukup sinonim dalam kalangan pelajar di sekolah berasrama sehinggakan ada yang seolah-olah menjadikannya sebagai satu tradisi.

Jangan ambil mudah isu buli

Jika dulu buli hanyalah sekadar mengambil makanan atau menyiapkan kerja sekolah senior, namun kini lain pula halnya apabila ada yang sudah sampai ke tahap ugutan dan pukul beramai-ramai.
Pihak sekolah haruslah lebih peka dan memainkan peranan penting dalam mempedulikan hal disiplin para pelajar supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Jangan ambil mudah, ini merupakan beberapa jenis buli yang sering dilakukan senior kepada junior di asrama:
#Basuh dan cuci kasut
Antara perbuatan sering dilakukan adalah menyuruh mangsa untuk membasuh baju mereka yang lebih senior.
Malah ada kejadian melibatkan pelajar senior sengaja melemaskan pelajar junior dengan menekap muka mereka ke dalam kolah air secara tiba-tiba ketika membasuh pakaian.
Tidak cukup dengan pakaian, mereka juga sengaja mengotorkan kasut semata-mata untuk menyuruh pelajar junior membersihkannya.
#Kemas katil
Perbuatan ini kebiasaan terjadi di asrama sekolah menempatkan lebih daripada tujuh orang pelajar dalam satu bilik.
Jika mangsa tidak mendengar arahan, nasib mereka akan selalunya berakhir dengan dipukul senior.
#Sorok barang
Menyorokkan barang merupakan antara salah satu perbuatan membuli yang popular dalam kalangan pelajar asrama.
Tidak cukup dengan menyorokkan barangan mangsa, ada juga kes-kes yang keterlaluan seperti membakar dan merosakkan barangan penting yang menjadi kesayangan mereka.
#Ragging
Kes sebegini selalunya berlaku di sekolah berasrama penuh dengan alasan untuk menerapkan ketahanan diri dan menjadikan pelajar lebih ‘keras’.
Jangan ambil ringan tentang perkara ini kerana agging secara extreme boleh mencapai tahap di luar jangkaan seperti melekapkan seterika ke badan mangsa seperti kes tular yang berlaku sebelum ini.
Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Kahar: Kapla High Coucil dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar, serta menampilkan Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Thompson Goh, Khenobu dan ramai lagi.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Selain itu, pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.

Saksikan filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama HM Entertainment, ZAK Capital dan GSC ini yang akan berada di pawagam bermula 28 November ini.

Jadi #StopViolence! Keganasan bukan jalan penyelesaian.
Jika anda atau orang yang dikenali menjadi mangsa keganasan atau buli, sila hubungi MIASA 24/7 Crisis Helpline di 1-800-180-066 atau MIASA 24/7 Crisis WhatsApp di 03-9765 6088.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024