Berita
“Jangan Ambil Yang Muda & Cun-Cun...”- Dapat ’Maid’ Yang Sempurna, Dr. Say Kongsi Tips Berguna
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril bersyukur kerana mempunyai pembantu rumah yang sempurna dalam menjaga anak dan melakukan kerja rumah.
Menurut Dr. Say sejak mempunyai pembantu lapan bulan lalu kehidupannya sekeluarga berubah dan anaknya, Aezril berusia setahun tidak lagi jatuh sakit.
“Mari saya cerita pasal maid saya pula. Nama dia Supriatun dab kami ambil dia immediately lepas Ace discharge dari wad akibat jangkitan paru-paru Julai tahun lepas.
“Ingat lagi masa saya tanya followers saya “ok tak ambil maid?”, rata-rata reply "careful dengan maid, awal-awal je mereka rajin pastu nanti haremmm", “dari experience kawan-kawan, 70% maid bermasalah, tak payah la doctor”, “bersiap sedia lah nak bertukar-tukar maid mereka ni perangai macam-macam”.
“Lapan bulan berlalu dan alhamdulilah Supriatun masih lagi dengan kami, tak lari & menyayangi Ace seakan anaknya sendiri. Teringat dulu saya ada cakap saya taknak ambil maid sebab nanti tiada privacy tapi life has never been better.
“ Sejak ada Supriatun, Ace tak pernah jatuh sakit yang saya rasa kalau Ace masih di daycare mahu ulang-alik kami ke hospital.
“Kedua, kadang-kadang saya & bini dapat enjoy our “me time” dating tengok movie, makan tenang-tenang dan saya rasa ia bagus untuk hubungan kami.
” Lastly rumah tak pernah serabut dan perut tak pernah lapar sebab she is such a good maid!
“Saya tahu mesti, hati kecil kalian nak cakap “jangan sure sangat doc” tapi yelah saya dan bini pun masih berhati-hati dan masih berjaga-jaga,” katanya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto pembantu rumahnya bersama anak lelakinya.
Dari pengalaman itu, Dr. Say berkongsi pendapatan serta tips darinya dan isteri untuk mendapat pembantu rumah yang baik.
“Tips bini dalam memilih maid adalah jangan ambil yang muda cun-cun dan jangan ambil yang ada ramai kawan-kawan atau keluarga di Malaysia.
“Bagi saya pula, its all about how u treat them. If u treat them nice dengan bayar gaji mereka on time, tegur cara baik, bawak mereka berjalan-jalan sekali sekala, layan dia seperti keluarga but with boundaries takde sebab kenapa diorang nak lari unless memang niat mereka nak lari dari awal,” jelasnya.
Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei tahun lalu.
Must-Watch Video