Hiburan

“Jangan Anggap Kerja Rumah Tanggungjawab Isteri 100 Peratus” Yatt Hamzah Kongsi Tips Bahagiakan Isteri

gempak
Mya Amri
06/03/2020
09:59 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Anggap Kerja Rumah Tanggungjawab Isteri 100 Peratus” Yatt Hamzah Kongsi Tips Bahagiakan Isteri
Pelakon Yatt Hamzah berkongsi beberapa tips buat pasangan suami isteri untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Yatt berkongsi beberapa tipsyang boleh digunakan oleh untuk para suami untuk menggembirakan hati isteri menerusi perbuatan tanpa berlandaskan wang atau hadiah yang mahal semata-mata.
“Bahagia bukan setakat bagi bunga tapi buat hati isteri berbunga-bunga.Bila hati berbunga-bunga itu tandanya isteri bahagia. Macam mana bahagiakan isteri?” tulisnya.
Berikut merupakan tujuh tips yang dikongsi oleh Yatt khas buat pengikut IGnya.
1) Beri Pujian
Rajinlah puji isteri cantik, baik, rajin. Pujian penting untuk naikkan semangat isteri bila penat dan semangatnya hilang.
2) Dengar Pendapatnya
Janganlah asyik dengar pendapat orang lain, dengar juga pendapat isteri tak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka.
Berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh tanyakan pandangan isteri mengenai apa sahaja. Isteri akan rasa dihargai.
3) Penuhi Hajatnya
Jangan lokek penuhi hajat isteri walaupun tak semua. Mereka sanggup berkorban nyawa untuk lahirkan anak-anak. Menggembirakan isteri melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanannya.
4) Beri Perhatian Padanya
Isteri WAJIB dihargai, dibelai, dihormati, dicintai dan dikasihi bukan sahaja masa mula-mula kahwin, tapi selagi hayat dikandung badan. Selalu call, wasap walaupun sekadar ayat I love u.
It means the world to her. Kemana pun pergi, bawalah potret wajahnya. Jika ini diamalkan, rumah tangga akan bahagia.
5) Isteri Bukan Bibik
Jadilah suami yang ringan tulang rajin membantu isteri. Jangan anggap kerja-kerja rumah tanggungjawab isteri 100%.
Dalam islam, tidak ada hukum isteri wajib lakukan kerja rumah. Islam mengatakan isteri WAJIB taat pada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya dan akan dijamin syurga.
Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan. Tapi janganlah ambil kesempatan pada isteri dengan membibikkan meraka.
6) Jaga Hatinya
Isteri ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan keadaan rumah tangga, perasaan mrk akn tenang dan gembira.
Jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan akan mencari jalan keluar dari masalah. Mereka juga terdorong melakukan perkara-perkara bodoh bila hati mereka dilukai.
7) Ingat Tarikh Penting
Isteri mana yang tak suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh suami pada hari-hari istimewa mereka.
Cukup sekadar sekuntum bunga dan sekeping kad ucapan cinta tanda ingatan jika itu sahaja yang mampu.
8) Bawa Isteri Berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya.
Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini, sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.
9) Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya.
Bahagia bukan setakat bagi bunga tapi buat hati isteri berbunga2..Bila hati berbunga2 itu tandanya isteri bahagia. TAG SUAMI❤ Mcmana Bahagiakan isteri? . 1) Beri Pujian Rajinlah puji isteri cantik, baik, rajin.. Pujian penting untuk naikkan semangat isteri bila penat & semangatnya hilang. 2) Dengar Pendapatnya Jgnlah asyik dgr pendapat org lain, dgr juga pendapat isteri x kira taraf pendidikan atau profesionalisme mrk. Berbincanglah ttg hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh tanyakan pandangan isteri mengenai apa shj. Isteri akan rasa dihargai. 3) Penuhi Hajatnya Jangan lokek penuhi hajat isteri walaupun x semua. Mrk sanggup berkorban nyawa utk lahirkan anak2. Menggembirakan isteri melambangkan anda suami yg amat menghargai pengorbanannya. 4) Beri Perhatian Padanya Isteri WAJIB dihargai, dibelai, dihormati, dicintai dan dikasihi bukan shj masa mula2 kahwin, tapi selagi hayat dikandung badan. Selalu call, wasap walaupun skdr ayat i love u. It means the world to her. Ke mana pun pergi, bawalah potret wajahnya. Jika ini diamalkan, rumahtangga akan bahagia. 5) Isteri Bukan Bibik Jadilah suami yg ringan tulang rajin membantu isteri. Jgn anggap kerja2 rumah tggjawab isteri 100%. Dlm Islam, tidak ada hukum isteri wajib lakukan kerja rumah. Islam mengatakan isteri WAJIB taat pd suami, menjaga harta dan maruah suami dg sebaiknya dan akan dijamin syurga. Itu shj. Atas jaminan inilah ramai wanita x berkira dengan kerja rumah yang mrk lakukan. Tapi jgnlah ambil kesempatan pd isteri dg membibikkan mrk. 6) Jaga Hatinya Isteri ialah golongan wanita yang penuh dg perasaan emosi. Apabila mrk redha dan bahagia dengan keadaan rumah tangga, perasaan mrk akn tenang dan gembira. Jika mrk tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mrk mulai berkecamuk dan akn mencari jalan keluar dari masalah. Mrk juga terdorong melakukan perkara2 bodoh bila hati mrk dilukai. 7) Ingat Tarikh Penting Isteri mana yg x suka dihargai dan dikejutkan dg pemberian hadiah oleh suami pd hari2 istimewa mrk. Cukup sekadar sekuntum bunga dan sekeping kad ucapan cinta tanda ingatan jika itu shj yg mampu. -Bersambung di KOMEN #yattmengayat #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #isteri
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Terdahulu, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfa Medina, 2, dan terbaharu Suci Hawa Zulaikha.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live