Walaupun baru sahaja masuk bulan puasa namun tidak dinafikan ramai yang teringin untuk menikmati juadah lemang.

Sehinggakan baru-baru ini tular di media sosial mengenai cara-cara penyediaan lemang dengan cara mudah iaitu menggunakan tin minuman.

Bagaimanpun akaun Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan cara tersebut membahayakan kesihatan.

“Baru je masuk bulan puasa tapi ramai dah tak sabar nak makan lemang. Beberapa hari lepas, ada ternampak orang kongsi mengenai cara masak lemang dalam tin minuman.

“Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat tetapi Tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan semula sebagai bekas memasak.

“Tahu tak sebenarnya masak lemang dalam tin minuman adalah TIDAK SELAMAT!

“Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan TAK SELAMAT, boleh membahayakan Kesihatan!

“Jadi dalam keseronokan kita memasak, sentiasa pentingkan KESELAMATAN MAKANAN!

“KESELAMATAN MAKANAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA! #StaySafe #EatSafe #StayAtHome #FoodSafetyMalaysia

Perkongsian itu juga diambil menerusi akaun Facebook Food Safety Malaysia.

Sehingga kini posting tersebut mendapat lebih 7000 perkongsian.