VIRAL
"Jangan Baca Komen, Kau Relaks Je" - Nasihat Fara Hezel Buat Aiman Tino
Kakak kepada penyanyi Aiman Tino, Fara Hezel mengakui turut terkesan dengan kontroversi yang membabitkan adiknya baru-baru ini.
Jelas Fara, dia bagaimanapun menjadi antara pendengar rapat Aiman dan sentiasa memberikan kata-kata semangat agar tidak terus tenggelam ditelan tekanan.
"Apabila dia kena kecaman, dia tertekan paling teruk selama tiga hari. Jadi sepanjang tempoh itu, saya dan keluarga memainkan peranan penting untuk memulihkan semangatnya.
"Nasihat saya padanya, jangan baca komen, relaks saja. Netizen takkan berhenti mengecam dan berkata-kata buruk.
"Sepanjang tiga hari itu juga dia malu untuk keluar berjumpa orang dan rasa sangat 'down'. Tetapi apabila mula mendapat undangan menyanyi semula, dia kembali bersemangat.
"Walaupun ada yang memandangnya dengan perasaan kurang senang, kami sentiasa ada di belakangnya untuk memberikan sokongan," katanya kepada Gempak.
Aiman yang terpalit dengan kontroversi video separa bogel miripnua yang tersebar di media sosial sebelum ini menganggap isu terbabit tidak seharusnya dilayan dan disifatkan bodoh.
Malah, penyanyi yang berdepan dua siri penyebaran video mengaibkan itu telah membuat laporan polis terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam perkembangan lain, pada 25 Mei Aiman dan Fara bakal ke Brunei untuk berniaga sempena festival Ramadan di sana.
Pasangan adik-beradik itu bakal berada di sana selama 10 hari.
Must-Watch Video