Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Jangan Bagi Tahu Mak, Aku Dalam Bas Kena Saman” - Terpaksa Pinjam Duit Adik, Kisah Pelajar Ini Pula Viral!

Hanafis Haris 27/04/2021 | 01:20 MYT

Isu kompaun terhadap pelajar masih belum reda dan terbaru muncul lagi satu kes hampir sama di Twitter.

Menerusi satu posting, pelajar wanita berkenaan mendakwa dia telah dikompaun atas kesalahan tidak mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera ketika menaiki sebuah bas.

Susulan itu, pelajar itu terus dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.

Namun, apa yang membuatkan kisah berkenaan viral adalah tindakan pelajar tersebut yang terpaksa meminjam duit adiknya.

“Jangan bagi tahu mak, aku dalam bas kena saman.

“Sebab tak ada QR Code & buku. RM1,500 weh mana aku nak cari,” tulis pelajar itu menerusi perbualan WhatsApp yang telah ditangkap layar.

Apa yang membuatkan ramai tidak puas hati adalah tindakan pemandu atau pengusaha bas berkenaan yang tidak menjelaskan dengan terperinci peraturan dan SOP ketika menaiki kenderaan berkenaan.

“Naik bas apa tu, selalunya ada kod QR depan pintu bas”

“Weh student kena saman, mana nak cekau duit”

“Salah bas, kenapa kita penumpang kena bayar sama” tulis beberapa netizen.

Majoriti daripada netizen dilihat mahukan penjelasan terperinci mengenai SOP yang tepat dalam menaiki kenderaan awam.

Jelas mereka, kekeliruan timbul apabila terjadi kes sebegini, siapakah yang perlu bertanggungjawab.

#Viral #Pelajar #Bas #Kompaun
;