Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Jangan Berhenti Bermimpi” - MK Bersyukur, Ucap Terima Kasih Pada Joe Flizzow

Azwa Rahman 28/01/2021 | 13:55 MYT
Anggota kumpulan K-Clique MK melahirkan rasa bersyukurnya apabila dapat berkolaborasi dengan bintang rap Joe Flizzow dan penyanyi hip hop Korea Amerika Jay Park menerusi sebuah single terbaru berjudul Ciao.
Menerusi laman sosial Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, berkongsi sedutan video muzik lagu tersebut bersama ucapan penghargaan.
“CIAO. Angan-angan dan mimpi untuk bersama dengan mereka akhirnya tercapai. Alhamdulillah. Jangan berhenti bermimpi. Terima kasih @flizzow untuk peluang ni.

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

“Jangan lupa Ciao dah ada kat semua platform digital. Terima kasih untuk mereka yang sentiasa ada,” tulis MK sebagai kapsyen.
Lagu Ciao yang dilancarkan pada 8 Disember tahun lalu membabitkan kerjasama tiga negara iaitu Malaysia, Korea Selatan dan Singapura di mana komposer dan penyanyi Alyph menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang turut berbangga dengan pencapaian
Tahniah, may all the rizq and success come your way,” komen seorang wargamaya.
Alhamdulillahhh congrats MK,” kata seorang wargamaya.
Song ni LIT habis, mantap!” puji seorang wargamaya.
Video muzik Ciao sehingga kini telah menerima lebih 1 juta tontonan selepas lima hari ditayangkan di saluran YouTube.
Lebih istimewa, lagu tersebut kini menduduki carta trending nombor tiga.
#Joe Flizzow #Jay Park #MK #Ciao
;