Sejak ditayangkan pada 6 April lalu, filem Satu Hari Sebelum Raya karya pengarah muda, Syahmi Sazli mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton.

Selain jalan cerita yang menarik, rata-ratanya juga memuji mutu produksi karya arahan Syahmi Sazli itu.

Antara komen yang diterima di media sosial:

“Best cerita ni, sampai mesej yang nak diberikan, memang kena dengan situasi masyarakat sekarang,”

“Dah tengok, mantap ceritanya. Banyak pengajaran, setiap yang berlaku ada pembalasan. Terbaik,”

“Jangan berhenti buat cerita best macam ni Mi, tahniah,”

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Satu Hari Sebelum Raya merupakan filem arahan ketiga daripada Syahmi Sazli selepas Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022).

Pelakon yang membintangi filem ini adalah Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer, Hushairy Hussein, Badri Radzi, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul, Poyie Gasi dan ramai lagi.

Kali ini menyaksikan Syahmi mempertaruh banyak muka baru yang popular dalam kalangan masyarakat kita seperti pempengaruh Samer dan bekas pemain bola kebangsaan, Badri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya.

Sinopsis:

Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka.

Dapatkah Ika menunaikan janji untuk mendapatkan sepasang baju raya adiknya, Yoe.

Saksikan filem Satu hari Sebelum Raya Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO.

Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.