Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Beri Kami Zuriat Jika...”- Doa Hazama Supaya Dikurniakan Cahaya Mata

Syafiqah Jalal
04/03/2019 08:00 MYT
Penyanyi Hazama akui dia dan isteri Genervie Kam sama seperti pasangan lain iaitu sentiasa mengimpikan cahaya mata dalam perkahwinan.

Namun Hazama berkata dia percaya dengan ketentuan Allah untuk bila masa yang sesuai buat mereka dikurniakan rezeki tersebut.

“Kami sentiasa mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam rumah tangga kami.

“Namun dalam masa yang sama saya percaya dengan ketentuan Allah.

“Saya cuma berdoa, jika kami layak bergelar ibu bapa maka kurniakanlah kami cahaya mata dari zuriat kami, tapi jangan beri jika kami tidak bersedia memikul tanggungjawab itu,” katanya kepada Gempak

Hazama ditemui selepas pelancaran filem Tiada Tajuk, pada Jumaat.

Menurut Hazama, menimang cahaya mata bukan trend yang perlu diikut-ikut sebaliknya ia perlu disertakan dengan tanggungjawab.

“Saya tak mahu nak anak kerana terikut-ikut kerana lihat orang lain ada anak atau trend sebab ia perlu disertakan dengan tanggungjawab yang besar bila saya bergelar bapa nanti,” katanya lagi.

Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017.
#Anak #Hazama #Mengandung #Hazama #Genervie
;