Laman Utama

“Jangan Beritahu Nak Kerja Sebab Bantu Keluarga” - Tak Lokek Ilmu, Iqbal Zulkefli Kongsi Empat Tips Mohon Kerja

gempak
Mya Amri
05/07/2023
04:45 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Beritahu Nak Kerja Sebab Bantu Keluarga” - Tak Lokek Ilmu, Iqbal Zulkefli Kongsi Empat Tips Mohon Kerja
Selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli dikenali sebagai antara usahawan yang rajin melayan netizen.
Terbaharu, Iqbal menerusi Insta Story telah memberikan peluang kepada netizen untuk bertanyakan apa jua soalan di ruangan yang disediakan dengan kapsyen ‘Ada Mahu Tanya Apa?”
Antara soalan yang menarik perhatian Iqbal adalah mengenai pekerjaan dan bertanyakan tentang kerja kosong di syarikatnya.
Iqbal kemudiaannya dengan ikhlas menjawab dia mahukan pekerja yang bersungguh-sungguh untuk memajukan syarikat.
“Bab ambil staf baru ni saya sebenarnya sangat terbuka bila-bila masa saja. Cuma saya perlu dapatkan orang yang betul-betul boleh memajukan syarikat.
“Gaji pun saya boleh bayar 5 angka tetapi perlu buktikan hasil, bukan masuk saya perlu ajar satu persatu.
“Terutamanya bahagian pemasaran. Jika sudah ada pengalaman dan boleh buktikan, sila DM saya, sangat dialukan,” jelasnya.
Tidak lokek dengan ilmu, Iqbal kemudiannya berkongsi beberapa tips penting untuk memohon pekerjaan.
Berikut merupakan empat tips yang diberikan Iqbal:
1. Jangan panggil Abang Iqbal, Iqbal, awak, boss'. Jika secara personal, saya tidak kisah orang panggil saya begitu. Namun dalam hal ini, panggil 'Encik atau Tuan'.
Dengan mana-mana majikan pun. Tetapi jangan pula panggil "Dato' jika mereka tiada pangkat. Ini bukan dianggap pujian tetapi kita tidak mengkaji.
2. Jangan bagitahu mahu kerja sebab perlukan duit, sebab mahu bantu keluarga, sebab mahu bayar hutang, sebab majikan sekarang tidak baik. Jangan bagitahu masalah. Ini tidak professional.
3. Elak mohon kerja dengan bagitahu "apa kerja pun saya tak kisah". Ini menunjukkan kita tiada kepakaran atau bidang khas. Kita bukan minta kerja di syarikat biasa.
4. Guna ejaan penuh.
BACA: "Saya Sangat Hiba, Sedih..." - Iqbal Zulkefli, Yayasan Ikhlas Santuni Remaja Sakit Saraf Akibat Jatuh Tangga Sekolah, Baiki Rumah Daif
Sebelum ini, Iqbal juga pernah memperuntukkan duit raya sebanyak RM100,000 kepada orang ramai pada tahun 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024