Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Jangan Biar Orang Lain Tunggu Lama”- Khairul Aming ‘Tarbiah’ Pengguna MySejahtera Supaya...

Hanafis Haris 23/09/2020 | 06:40 MYT

Personaliti media sosial Khairul Aming mencuri tumpuan wargamaya apabila menegur kelakuan sesetengah orang ramai dalam menggunakan aplikasi MySejahtera.

Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Twitter peribadinya, baru-baru ini.

“Bila nak scan MySejahtera, pastikan dah buka aplikasi tu dan bila dah ready nak scan, baru pergi dekat QR code.

“Jangan berdiri lama depan QR code dan biar orang lain menunggu lama dekat belakang,” katanya.

Perkongsian tersebut terus mendapat perhatian ramai apabila ia telah dikongsi sebanyak 20,000 kali.

Rata-rata wargamaya bersetuju dengan pandangan berkenaan dan menyifatkan kelakuan itu membuatkan orang ramai terpaksa beratur panjang.

Selain itu, tidak kurang juga yang memberi beberapa tips untuk menjimatkan masa dengan mengunakan kamera berbanding MySejahtera.

Untuk rekod, MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pengguna MySejahtera juga boleh menggunakan pengimbas kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas kod yang dipaparkan sebelum memasuki premis.

Pada masa sama, MySejahtera turut membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

#Covid19 #MySejahtera
;