Sebut saja nama permainan atau game yang popular sekarang, PUBG, Call of Duty, Mobile Legend, dan banyak lagi.

Ini antara nama game yang semakin menjadi buruan 'gamers' di luar sana.

Malah, permintaan terhadap game yang berkualiti tinggi semakin meningkat dan sebab itulah 'performance' sesebuah peranti amat penting.

Namun tahukah anda, terdapat cara untuk pastikan prestasi gaming anda berada pada tahap top notch?

Ini antara empat langkah untuk anda maksimakan level gaming anda!


#1 Pilih Telefon Pintar Dengan Fungsi Gaming Menyeluruh!



Huawei Mate 30 Pro mungkin antara peranti paling tepat kerana menawarkan paparan OLED Horizon Huawei 6.53 inci selain dikuasakan Kirin 990 5G SoC pertama di dunia.

Cip pemprosesan Kirin 990 ini cukup hebat untuk memproses setiap permainan dengan kadar grafik serta kadar frame dengan amat mudah. Tiada masalah lagging!

Selain itu, menariknya tentang skrin Horizon HUAWEI ini, ia dilengkapi interaksi sentuhan apabila pengguna hanya perlu menggerakkan jari di bahagian tepi.

Untuk gaming anda boleh gunakan fungsi 'Side-Touch LR buttons' untuk jadikan Mate 30 Pro anda sebagai controller gaming yang lengkap.

Seperti mana anda bermain playstation seperti itulah anda menggunakan Mate 30, hebat bukan?

Fungsi Side-Touch LR buttons' amat sesuai untuk game seperti PUBG Mobile dan Call Of Duty.


Didatangkan dengan keupayaan bateri lebih baik iaitu 4,500 mAh, Mate 30 Pro turut dilengkapi teknologi SuperCharge.

Jadi prestasi gaming anda tidak akan terganggu.


#2 Luaskan Skrin Gaming Anda Dengan MateBook 13 Yang Dilengkapi Multi-Screen Collaboration




Jika anda rasa saiz skrin Mate 30 tidak cukup, anda boleh gunakan MateBook 13.

Dengan keupayaan kolaborasi ‘multi-screen’ yang terdapat pada fon Mate 30 dan MateBook 13, anda boleh kawal mana-mana skrin dengan mudah.

Dengan fungsi ini, anda boleh mengawalkan dua gajet untuk kerja harian dengan mudah.

Satu skrin untuk kerja pejabat anda dan satu lagi untuk penstriman video atau gaming! Skrin besar barulah gamers pro!


#3 Skill Dah Hebat Tapi Internet Lag? Selesaikan Masalah Dengan HUAWEI WiFi Q2 Pro




Ini antara keperluan paling penting buat gamers. Janganlah kerana kualiti internet yang teruk, rangking anda turun.

HUAWEI WiFi Q2 Pro amat berguna untuk tujuan penstriman video mahupun untuk bermain game kerana tiada lengah masa atau lagging.

Dengan HUAWEI WiFi Q2 Pro, tiada lagi zon mati atau gangguan isyarat internet yang menjejaskan kerja atau gaming anda.

Anda boleh bandingkan perbezaan kelajuan serta kualiti internet apabila menggunakan peranti ini. Senang cerita, ia antara yang paling wajib ada!


#4 Jawab Panggilan Tanpa Ganggu Permainan Menggunakan Huawei Watch GT 2




Bila main game, tiba-tiba dapat panggilan? Silap-silap kita memang kena jawab panggilan berkenaan, pasti kena korbankan game anda bukan?

Berita baik buat gamers di luar sana, semua itu dapat diselesaikan dengan menggunakan jam tangan pintar Huawei Watch GT 2.

Apabila panggilan masuk, anda boleh terus jawab menggunakan jam berkenaan.

Malah bukan saja jawab panggilan telefon, malah boleh semak teks, emel, ia juga mampu pantau tahap kesihatan dan progres anda senaman.

Terdapat 15 mod sukan untuk dipilih dan 190 maklumat sukan tersedia.

Namun dalam pelbagai fungsi ini tidak bermaksud jangka hayat baterinya sedikit, Huawei Watch GT 2 sebaliknya mampu bertahan hingga dua minggu!

Tambah menarik, Watch GT2 mempunyai fungsi untuk mengubah ‘watch face’ mengikut rekaan atau gambar pilihan anda sendiri.

Untuk anda yang ‘kaki gamers’ boleh la letak gambar karakter gaming anda masing-masing.

Jadi apa tunggu apa lagi? Mulakan serlahkan tahap gaming anda dan tingkatkan gaya hidup pintar dengan HUAWEI hari ni!

Peranti Smart Life Huawei yang mengandungi siri HUAWEI 30 dijual pada harga dari RM2,799, siri MateBook 13 dari RM3,599, siri Watch GT 2 dari RM799, HUAWEI X Gentle Monster pada harga RM1,599, FreeBuds 3 pada harga RM679, dan akhir sekali WiFi Q2 Pro pada harga RM499.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HUAWEI atau FB HUAWEI.