HIBURAN
"Jangan Bicara Tentang #JusticeForZara Kalau Masih Jadi Keyboard Warrior" - Allan Andersn
Penyanyi kelahiran Indonesia, Allan Andersn tampil lantang bersuara mengenai isu buli yang semakin meruncing, susulan kes tragis melibatkan Allahyarham Zara Qairina, 13, yang meninggal dunia dipercayai akibat dibuli.
Menurut Allan atau nama sebenarnya Joan Allan Anderson, buli bukan hanya berbentuk fizikal, malah wujud dalam bentuk kata-kata kesat dan fitnah di media sosial.
“Buli bukan sekadar fizikal. Ada yang difitnah dengan komen jahat di media sosial.
“Jangan bicara tentang #JusticeForZara selagi kalian masih menjadi keyboard warrior,” tegasnya ketika ditemui baru-baru ini.
Allan turut mengkritik sikap segelintir pengguna media sosial yang mudah menjatuhkan hukuman hanya kerana rupa paras, bentuk badan atau pilihan gaya hidup seseorang.
“Badan naik sikit, dikomen. Hijab senget, dikomen. Kulit gelap pun dikomen.
“Namun bila berlaku kes buli, ramai berpura-pura simpati. Saya berharap keadilan buat Zara benar-benar ditegakkan dan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Rindu ini hadir dengan single terbaharu berjudul Seakan Ku Tak Ada, sebuah karya emosional yang turut dimuatkan dalam album studio dear aa.
Allan menjelaskan, lagu tersebut diinspirasikan daripada kisah seorang teman rapat yang sering berkongsi tentang hubungan dingin bersama pasangannya.
“Dia selalu bercerita seolah-olah kehadirannya tidak dihargai. Dari situ saya mula membayangkan bagaimana rasanya mencintai seseorang tetapi tetap terasa seperti tidak pernah wujud.
“Walaupun bukan pengalaman peribadi secara langsung, emosi yang saya tuangkan dalam lagu ini amat dekat di hati,” ujarnya.
Album dear aa dan single Seakan Ku Tak Ada kini boleh distrim di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan iTunes.