Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Jangan Bodoh...Kau Sangka Wang Itu Kebal!" - Drama Band Lancar Lagu Sindir Kluster Kayangan

Asraf Aided 16/04/2020 | 10:38 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu berunsur sindiran, Drama Band telah melancarkan single terbaru mereka yang berjudul Kayangan.
Lagu tersebut dicipta untuk menyindir kluster 'kayangan' yang kini sedang menjadi bualan ramai selepas ada petugas kesihatan berkongsi tentang sikap segelintir golongan berada yang suka merungut dan meminta-minta.
Single itu ditulis oleh Aepul Roza dan digubah oleh Daus SRK bersama Aepul sendiri.
Video lirik rasmi Kayangan telah dimuat naik di laman YouTube pada 14 April 2020 dan telah mendapat lebih 47,000 tontonan setakat ini.
Antara potongan lirik lagu tersebut adalah seperti dibawah.
"Kau masih terus berangan, kau sangka wang itu kebal.
"Jangan bodoh, jangan bebal, dia tak kenal siapa, dia tak kira kau kaya, selimutlah kau dengan paksaan walaupun kau turun dari kayangan"
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna YouTube menyukai lagu tersebut dan bersetuju dengan mesej yang disampaikan oleh kumpulan ini.
Seperti diketahui ramai, kluster kayangan merujuk kepada segelintir rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.
Golongan ini sering merungut dan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada petugas kesihatan ketika proses pengambilan sampel dijalankan.
#Drama Band #Single #Kluster Kayangan
;