Kerajaan telah memberi kelonggaran terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula bermula harin ini.

Namun, demi untuk terus mengekang penularan wabak COVID-19, ramai yang memilih untuk terus kekal berada di rumah ketika tiada urusan penting di luar.

Mulai 7 Mei ini, anda akan dihiburkan oleh filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Manap Karaoke yang bakal menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First, saluran 480.

Filem ini menceritakan seorang lelaki bernama Manap (watak dipegang Joey Daud) yang membuka perniagaan karaoke bergerak.

Banyak kisah lucu berlaku sepanjang filem ini, yang penting, Manap dan rakan-rakan adalah penghibur 'barisan utama' yang mampu menghiburkan anda seisi keluarga di rumah!



Manap Karaoke dibintangi oleh Joey Daud, pasangan suami isteri, Pekin Ibrahim dan Mona Allen bersama barisan pelakon hebat lain antaranya Ropie, Imuda, Sharwani dan ramai lagi.



Jangan lupa untuk mendapatkan Manap Karaoke di Astro First mulai 7 Mei ini!