Laman Utama

“Jangan Buang Anak, Hubungi Saya” - Iesya Toh Ambil Inisiatif Jadi Talian Bantu Mangsa

gempak
Mya Amri
20/05/2022
08:13 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Buang Anak, Hubungi Saya” - Iesya Toh Ambil Inisiatif Jadi Talian Bantu Mangsa
Pengacara Iesya Toh mendapat perhatian netizen selepas berkongsi kisah seorang wanita tidak waras yang menjadi gelandangan melahirkan zuriat.
Menerusi kapsyen yang ditulis, walaupun dalam keadaan tidak sempurna namun wanita itu tetap menjaga anaknya dengan baik dan penuh kasih sayang.
“Wanita tak waras bersalin tepi jalan, anak tak dibuang tapi jaga penuh kasih sayang.
“Dia yang mempunyai masalah mental dan menjalani kehidupan sebagai gelandangan di Makati, Filipina selamat melahirkan anak perempuan di tepi jalan pada 18 Mac lalu.
“Bagaimanapun, wanita itu tidak membuang atau meninggalkan zuriatnya keseorangan sebaliknya menggendong bayi berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Walaupun tidak boleh berfikir dengan baik, namun ternyata dia masih mempunyai naluri kasih sayang sebagai ibu yang tetap ingin menjaga cahaya matanya,” kongsinya.
Menerusi hantaran yang sama, Iesya mengambil inisiatif untuk membantu ibu hamil mereka yang mempunyai masalah.
Dia juga berharap agar wanita hamil jangan ada niat atau cubaan untuk menggugurkan kandungan mereka dan boleh menghubunginya terus.
“Jangan buang bayi. Tolong WhatsApp saya. Saya di sini bukan nak menghukum tetapi nak nak tolong,” tulisnya.
Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Iesya dan berterima kasih kerana mengambil berat tentang isu berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live