Penyanyi Kaer Azami bertindak menegur sahabat baiknya, Amylea Azizan selepas pasangan duet ‘Tak Pernah Hilang’ nya itu melayan cacian netizen di laman sosial Instagram (IG).

Amylea dilihat berbalas komen dengan seorang pengguna IG yang menggunakan nama @nyiormuda, dipercayai akaun palsu.

Di ruangan komen, teguran @nyiormuda dianggap kasar oleh pengikut lain kerana bahasa yang digunakannya seperti sengaja mahu memalukan Amylea.

“Molek la tu bulan-bulan puasa ni dengan menampakkan sangat dua biji mangga (merujuk kepada buah dada Amylea)?,” tulisnya.

Tidak berdiam diri selepas membaca komen tersebut, Amylea bertindak membalas komen individu terbabit dengan merujuk kepada beberapa posting di IG @nyiormuda.

“Tak ada pulak I post video-video orang berbikini atas boat, berbikini kat luar boat, org kerdil berbikini tepi kolam macam kamu! Preaching like you’re a saint? Nobody is looking but only your stupid corrupted mind!,” tulisnya berang.

Tidak berakhir di situ, pengguna laman sosial yang dipercayai menggunakan akaun palsu itu terus menerus membuat provokasi terhadap Amylea.

Provokasi tersebut menyebabkan Amylea tidak berdiam diri dan membalas komen-komen ditinggalkan individu itu.

Kedua-dua mereka hanya berhenti selepas Kaer muncul menegur Amylea supaya tidak melayan komen berbaur provokasi seumpama itu.

“Awak ialah bintang, jangan buang masa layan orang macam tu sebab mereka hanya mahukan perhatian. Memang pelik sebab dia seorang saja yang tengok foto awak macam tu.

“Oh…mungkin dia cemburu. Sabar ‘babe’, itu kelebihan buat awak di bulan Ramadan,”tulis Kaer menasihati sahabatnya itu.

Kaer yang pernah popular dengan single solo Izinku Pergi pada 2007, sebelum ini menetap di Indonesia kerana menguruskan perniagaan.

Kaer kembali mengatur semula karier nyanyiannya selepas single duet Tak Pernah Hilang bersama Amylea ‘meletup’.

Sementara itu, Amylea pula agak aktif bekerja di belakang tabir menghasilkan single untuk penyanyi lain termasuk lagu OST drama sehingga digelar ‘Ratu OST’.